Header..

Header..

CLICK ICON DI BAWAH!

LINK KE:


http://faleeqharees.blogspot.com/p/filem-pilihan-curry.htmlhttp://faleeqharees.blogspot.com/p/lagu.html              

http://faleeqharees.blogspot.com/p/tutorial.htmlhttp://faleeqharees.blogspot.com/p/jejak-islam.html             




Monday, January 17, 2011

petua pikat wanita!

 Glup...glup..glup..

..Assalamualaikum . pagi ni masa tgah belek2 brg2 yg ada dalam kotak lama, Curry tjumpa lak gan sekeping disket,& cun pulak disket tu ada myimpan maklumat yg curry ingin kongsi dgn pembaca2 sekalian utk entry kali ni..hohho... sblom kita 'ZooM' 'Tajuk utama entry kali ni, jom kita imbas DEFINISI disket?

Dari laman web www.wikipedia.org ,disket membawa erti : adalah sebuah perangka penyimpanan data yang terdiri dari sebuah medium penyimpanan yang berbentuk magnetik bulat yang tipis,lentur dan dilapisi oleh lapisan plastik berbentuk 4 segi. lazimnya hanya berkapasiti 1.44 mb sahaja.

disket
jom.. kita cuba imbas semula, bila kali terakhir kita menggunakan disket? bagi curry, kali terakhir adalah pada semester satu DPI* ,tahun 2004 iaitu semasa belajar di UPM, kampus Bintulu . Masa tue curry still lagi gunakan disket untuk tujuan menyimpan/store segala maklumat/data yg diperoleh dari internet untuk tujuan koleksi. nak tahu fakta menarik lagi? tahun 2004 adalah zaman popular org ramai mgunakan cd/ dvd yg masing2 berkapasiti 700 mb & 2.6 gb sbg medium storage, sblom istilah pendrive /flash disk /usb muncul utk beberapa tahun berikutnya :) zzzz...old skool sungguh encik Curry ni kan kan?. org da guna cd, bru je guna disket T-T..

ohya balik pada tajuk utama : petua pikat wanita, Utk makluman anda semua, entry kali ni jgk adalah 100% menggunakan karya asal yang dipetik dari teratak komuniti anna abadi, yg sempat curry simpan dlm disket yg ditemui tersebut. All credit to Anna Abadi.





Berikut adalah ''petua ilmiah bagaimana anda boleh memenangi hati wanita /kekasih anda''. lanya dipetuakan oleh para bijak pandai setelah mengkaji  apakah kesukaan wanita yang memang sentiasa mahukan perhatian. Petua ini khas untuk suami isteri:

 
1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda  lakukan perkara lain dan peluklah dia.

2.  Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar  apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini. 


3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya. 


4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan  sifat memahami anda. 


5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia  memintanya  selama setengah jam setiap hari. 


6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa  lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna. 


7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu,jangan  menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang  hendak  buat. 


8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk  memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula. 


9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa  parasnya. 


10. Akui perasaannya bila dia merasa marah. 


11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat. 


12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut  membuat persediaan. 


13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan  beritahu dia tentang hal itu. 


14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah  kerana bertanya. 


15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda  dan nyatakan kepadanya 'Saya kasihan awak tersinggung'.  Kemudian  diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah  anda. 


16. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan  padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir  mengenai sesuatu. 


17. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah,bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara  yang  hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak  menyangka  yang bukan-bukan. 


18. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan  kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya. 


19. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah  atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian  sepenuhnya. 


 20. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia  untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih.Bantulah dia  menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar. 


 21. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak  buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang  akan  dilakukannya. 


 22. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya. 


 23. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar. 


24. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh,satu  zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tidak berkesempatan,himpunkan  dua  atau tiga pelukan pada waktu yang terluang. 


25. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan  sesuatu yang menarik, atau hanya katakan 'Aku cinta padamu'. 


26. Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari. 


27. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur. 


28. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang  dikhaskan. 


29. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong  buang  sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong tu. 


30. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda  selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu. 


31. Basuhkan kereta yang dipakainya. 


32. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima' jika itu  yang dia suka. 


33. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi  isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh  diselesaikan kemudian. 


34. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang,tengkuk dan  kakinya. 


35. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan  untuk jima'. 


36. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan  mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam. 


37. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak  ramai. 


38. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku  dan lumpuh.


39. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda  boleh  suruh dia memilih apa yang dia memang gemar. 


40. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk  menentukan di mana hendak makan. 


41. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka  pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan. 


42. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama. 


43. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya. 


44. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika  anda berada di khalayak ramai. 


45. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak  anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih  utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka. 


46. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel. 


47. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta  warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh  belikan  kain untuk dijahit kemudiannya. 


48. Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat  yang mahu dijadikan kenangan. 


49. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang  romantik. 


50. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan  menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya. 


51. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan  selamat, tidak terialu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula  terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju. 


52. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang  menunjukkan anda ambil berat seperti 'Awak nampaknya gembira hari ini'  atau 'Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya  sebabnya agar anda tahu  apa  yang mengembirakannya dan sebaliknya. 


53. Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah  tujuan  anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda. 


54. Solat bersama dan berdoa bersama. 


55. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta. 


56. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu. 


57. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada  masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau.Gunakan gam  yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan  lampu yang telah terbakar. 


58. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya. 


59. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima  melalui telefon. 


60. Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi. 


61. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang  dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak  berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta. 


62. Bila dia memasak, pujilah masakannya. 


63. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan 'Betul kata awak'.  Di  masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata  kepadanya. 


64. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku  yang  dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi. 


65. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar  seiring  dengannya. 


66. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal  bila  anda mahu keluar rumah. 


67. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya. 


68. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda. 


69. Rancanglah untuk makan angin bersamanya. 


70. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda  mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda  kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.


71. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu  padanya. 


72. Belikan untuknya makanan yang dia gemari. 


73. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya. 


74. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah  melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan  memenangi  hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya  dan menunjukkan anda ambil berat padanya. 


75. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia  merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik. 


76. Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk  wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut  gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri  anda  telah memperolehi perhatian yang dia perlukan. 


PSST:  fuhh..wahlao eh .susah jugak nak jaga/pikat hati perempuan kan kan T-T. worrghh bro2 skalian good luck

*DPI= Diploma Perikanan.

1 comment:

  1. banyaknyoo...

    sik larat mok baca.. hikhikhik..

    Dah practice ka lom? tuk kedak petua gerek ngan pempuan jak.. hihihihi..

    ReplyDelete