Header..

Header..

CLICK ICON DI BAWAH!

LINK KE:


http://faleeqharees.blogspot.com/p/filem-pilihan-curry.htmlhttp://faleeqharees.blogspot.com/p/lagu.html              

http://faleeqharees.blogspot.com/p/tutorial.htmlhttp://faleeqharees.blogspot.com/p/jejak-islam.html             




Monday, December 27, 2010

rahsia wanita yang perlu diketahui lelaki?

hohho Assalamualaikum semua. sihat ka? Curry pun
sama! . Hari ni tanggal 27 hb Disember 2010, maka genap 26 tahun lah usia Curry di muka Bumi ni. (Booyah! sempena hari happy ni..jom join curry lompat2 katak 10 pusingan sambil guling n menyamar comel utk 20 minit : ) dah? happy tak? curry x happy :( TAPI penat pas buat suma aktiviti diatas


ok smbung balik cerita 26 tahun ni!hmmh kejap je kan ? pejam celik pejam celik tau2 je dah befday arini! oHya, sempena merayakan hari ''Makin Tua'' ni, cURRY nk ucapkan terimakasih kepada sesiapa sahaja yg bg wishes kat page :) dalam diam happy jgk sebenarnya.(>____<) <---[ image ni Merupakan indicator tahap happy Curry hohho ]

oHya jom balik smula pada motif utama entry kali ni.mmm
Apa rahsia wanita yang perlu diketahui lelaki? err...sori ye, ni bukan karya encik curry, tapi 100% dipetik dari laman web teratak komuniti anna abadi yang telah ditutup, & curry sempat simpan , edit smula, lalu post kat sini khas untuk kawan2 baca:

_______________________________________________

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak
menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

Please do read more

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang
diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.


15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.


23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya
dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa 
____________________________________
PSST: hmmh susah jugak nk fahami hati girls kan2  ? apa2 pun curry nk ambik kesempatan kat sini utk ucapkan tahniah buat pasukan bolasepak Malaysia yg menang 3-0 lawan Indonesia ,AFF Suzuki cup 2010 FINAL- 1st leg,  kat stadium Nasional bukit Jalil malam tadi ..(>__<)hadiah harijadi yg best utk curry

Wednesday, December 15, 2010

Cinta atau suka?



x sure apa yg anda rasa? meh curry share lagi koleksi tips yg    dipetik
dari teratak komuniti Anna Abadi sekadar untuk tatapan bersama.

  1. Di hadapan org yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di hadapan org yang kita suka, hati kita akan gembira.
  2. Di depan orang yg kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.
  3. Jikalau kita melihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.
  4. Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.
  5. Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. Di depan orang yang kita suka,  kita akan tunjukkan imej kita yang sebenar.
  6. Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta, Tapi kita selalu merenung dalam mata orang yang kita suka.
  7. Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis. Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.
  8. Perasaan cinta bermula dari mata. Perasaan suka bermula dari telinga.
Psst:  ooh mcm tu rupanya. oleh kerana mr curry tgah lapar, pelajaran kita hari ni tamat kat sini sahaja. adios n Assalamualaikum .

Friday, December 10, 2010

my Fav songs

This is my current favourite songs.
"Insha Allah" sing by Maher Zain.

Everytime i feel miserable,
everytime i feel despair,
sad and pain,
i will listen to this song.
Nice song to cure,fix and heal ur broken heart.
-Curry comment-




Insya Allah lyrics:

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insyaallah x3
Insya Allah we’ll find the way

Pst: Lagu pengubat jiwa, bg semangat, and harapan. i love this song :)

Thursday, November 25, 2010

love life

Mlm tadi, curry trima 1 mesej kat hp. bunyinya mcm ni
 "awk tipu saya, awak x prnah syg saya. kalau awk syg sy, awk x kn pernah sakiti saya". curry namakan dia sbg miss N utk mlindungi privasi miss N.

hi miss N. tahu x, betapa syg nya curry kat miss N ni. Curry ada byk keja kblkgn ni. wpun kurg masa utk bbual, tp percayalah smpai bila2 pun curry akan ttp syg kat miss N. curry tringat satu petikan kata-kata pujangga dr ruangan madah2 cinta anna abadi.
"Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah
TERLUKA . Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu."
curry hrp miss N dpt maafkan curry ya. curry mungkin bukan seorg kekasih yg perfect. Curry x nmpk apa2 pun yg special ttg diri curry ni. nk kata kacak, jauh skali, nk kata pandai, x boleh lawan albert enstein pun. nk kata kuat, x boleh angkat keta pun. tp pecayalah, curry hanya ada satu benda je yg curry boleh pertaruhkan skrg utk cinta kita iaitu sebuah kesetiaan.

igt lagi x satu masa dulu? Miss N, pernah tanya kat Curry knapa curry syg sgt kat miss N? miss N nk sgt tahu sbb. & kari x penah pun bg jwpn yg dpt memuaskan hati miss N. curry slu bg tahu yg curry syg miss N, sbb x ada sbb. Curry ckp, curry x tahu. miss N slu buat muka msm lepas tu.

Miss N, tahu tak cinta tu x perlu sbb. kalau curry bgtahu yg curry syg miss N sbb miss N ni cantik,and satu masa nanti, bila kita dah jadi tua, cantik tu akan berkekalan ke? kentut takkan berbau perfume, tu lah realitinya. ok smpai sini dlu ruangan luahan hati. sampai jumpa lg.

Monday, November 22, 2010

i love this place!

"kAu kat MANA skrg NI faleeq (curry)?

Dialog kat atas 2 merupakan petikan dari text msg yg diambil dari sorg  nakama* yg dinamakan sbg MR T. heheh 
ohya jgn heran. dialog 2 da biasa dgr na. Org slu je tanya ke mana Encik Curry hilangkan diri stiap hari sabtu or ahad and hari x da kuliah..nk tahu?

jom kita explore sikit aktiviti encik curry ni...jeng2...

Lokasi strategik utk kita START cari encik Curry ialah ,
A. SURAu ?
B. Dalam almari?
c. Los Angeles ..heheh
D. Italy? (jgn plih ni)

pilih la salah satu jawapan objekif kat atas yg betul or paling tepat? kalau pilihan anda hampir tepat, andalah bakal menganti
Mr detektif Sherlock Holmes :P 

jawapan ada kat bawah ni :..

........  

........

........

........

.......

.......

.......

Jawapannya ialah : A :) Anda salah.
jawapan paling x tepat : B
Jawapan x logik : C
jawapan paling hampir : D

kenapa D? sbb bg encik curry, tunnel kat mines mcm srupa je gan tunnel yg ada kat bandar italy. cuba tgk gambar kat bwh :)

             gambar yg diambik kat italy pada 13/7/2004   

gambar Music and Dance Tunnel kat Mines shopping complex

ya hampir srupa kan??yg srupanya ada air :P HEHEH
Music and Dance Tunnel kat MINES Shopping Complex
merupakan Tempat Hang- Out paling Favourite curry kat Bandar K.L ni.glup...glup

kat sinilah curry slu pergi bila rasa bosan dan termenung sorg2 kat tepi air.


KENAPA Encik Curry kita ni suka lepak kat sini?
  • Curry suka tengok gelagat org lalu-lalang kat tunnel ni :) mcm2 je ragam manusia yg dapat diperhatikan.
    • ada yg seperti belangkas berkepit seolah2 x mahu lepas.
    • ada yg kebingungan mencari erti kehidupan.
    • ada mak ayah budak yg bawak rakyat datang skali sambil2 bagi makan ikan.
  • curry Suka tgk AMOi..eh silap...,ikan sebenarnya :P suka sgt tgk mcm2 ikan yg ada lam lombong tu. ada ikan koi, ikan tilapia, ikan keli, ikan lampam..dll.. ni merupakan salah satu cara tok beriadah pilihan curry slain tidur sbg hobi sampingan..glup..glup..
  • pemandangan paling best adalah dimalam hari, dimana pihak staff kat mines pasang lampu warna-warni lam tunnel tu :)leh perhatikan gambar kat bawah :)


pemandangan waktu senja

 Pemandangan dari atas boat kat tunnel waktu mlm

 PSSt:  sekian saja tok kali ni. len kali bru share info yg bermanfaat. :P

*nakama = kawan

Friday, November 19, 2010

Suara Buluh perindu?

Bila dengar suara budak kecik umo 6 tahun ni,
meremang rasa bulu roma en. curry.
Bak suara Sang buluh perindu kata encik Curry punya nakama >< Dengarkanlah lagu connie talbot- British got talent ye kawan2.


LAGU 1 - "OVER THE RAINBOW"





LAGU 2- "I WILL ALWAYS LOVE YOU"




PS: teringat lagi kata sorg member encik Curry yg boleh dikata akrab.
Time tu tgah dok lam keta, berbual la pasal lagu apa sesuai gan jiwa. lantas dia
membuka bicara dgn ayat lebih kurang mcm ni:
"Aku ni berjiwa Hiphop, boleh bawak lagu HipHop, pastu encik curry tanya lagu apa
pulak yg sesuai gan aku?
"yang sesuai gan kau ye, err lagu..kau bawak la lagu Dondang Sayang" ...zzzz

Sunday, October 31, 2010

Fenomena MAWAR di angkasa


Assalamualaikum. En Curry harap pembaca semuanya sihat walafiat ya. Kat sini En Curry nak kongsi satu lagi maklumat yang agak interesting, iaitu fenomena Luar Biasa yang termaktub dalam Al-Quran iaitu Fenomena Mawar Merah di angkasa. SubhanAllah...bila En Curry renungkan, hati ini berasa gentar,takut dan merasa betapa kerdilnya diri ini di alam semesta ciptaan-NYA.




                            Mawar Merah di Angkasa (Nebula Roses)





Gambar di atas adalah gambar ledakan bintang di angkasa yang diperoleh NASA dengan Teleskop yang sangat canggih (Hubble space Telescope) .Kejadian tersebut membuktikan kebenaran Firman Allah dalam Al-Quran Surah Ar-Rahman:
"Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah belah lalu menjadilah ia mawar merah, berkilat seperti minyak

(Ar-Rahman:37) 
                                                                                                                               
[Image: 55_37.png]


[55:37] Maka apabila langit telah terbelah dan
menjadi merah mawar seperti (kilapan) minyak.

[55:38] Maka ni'kmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

Ayat ini menunjukkan bahawa Allah swt telah membayangkan kepada manusia iaitu apabila alam semesta ini musnah, maka cahaya yang dihasilkan akan kelihatan seperti bunga mawar atau bunga ros yang warnanya mengandungi pelbagai warna yang berkilat.
Pemandangan ledakan bintang menyerupai pemandangan yang bakal terjadi ketika langit terbelah pada Hari Kiamat kelak. Gambaran ini diharapkan dapat menjadi petunjuk bagi siapa saja yang dalam hatinya masih tersisa keraguan terhadap kebenaran Al-Qur'an. Wallahu A`lam .

 Wahai teman , Cuba renungkan?

Al-Quran diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad S.A.W pada tahun 610 M.

agaknya apakah reaksi masyarakat Arab jahiliah ketika itu apabila Nabi menceritakan tentang kejadian mawar merah diangkasa yang terdapat di dalam Al-Quran yang kita baca hari ini?

mesti ramai yang terbeliak, mengetawakan, dan mempersendakan baginda serta mengatakan tentang hal yang bukan-bukan yang sungguh pedih untuk telinga kita mendengar apatah lagi Baginda.

wahai teman, sungguh beruntung kita yang sempat hidup di zaman terciptanya teleskop ketika ini,
dimana kita sempat menyaksikan kebenaran yang termaktub di dalam Al-Quran yang tidak sempat disaksikan masyarakat beribu-ribu tahun sebelum kewujudan kita ini. maka apa yang patut kamu ucapkan ? SubhanALLAH...Allahuakhbar....

pernahkah kau TENGOK mawar di angkasa?
teman cuba renungkan,
bagaimana seorang insan (Nabi S.A.W) yg tidak tahu membaca, yang hidup di padang pasir, yg serba daif, x da teknologi boleh tahu mengenainya? pernahkah kau fikir? pernahkah kau ambik tahu? Dialah pesuruh ALLAH S.W.T..
Maka apa yang patut kau ucapkan?????
SubhAnallah...!!! ALLAHUAKHBAR!!

Psst: Hati ini sentiasa berdebar bila igtkan balik kisah ni



Saturday, October 30, 2010

Koleksi Mutiara kata : anna abadi

Assalamualaikum..
ruangan kali ini juga dipetik daripada kata-kata mutiara yang sempat diambil daripada forum teratak komuniti Anna Abadi untuk dikongsi bersama.  (mutiara kata 1: karya asal : anna abadi :di edit dan di publish semula oleh mr curry)
 
KATA-KATA MUTIARA

Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan.
Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.


Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya.

Dalam hidup,terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.


Jadikan dirimu bagai pohon yang rindang di mana insan dapat berteduh.
Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

mutiara kata
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi.
Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerna kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu
kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.

Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat
melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa
sakit hati.


Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya
dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan. Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa. 

Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam
didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari
tersesat di lautan hidup ini.

Dalam masyarakat manusia ada binatang jalang tetapi dalam masyarakat binatang tidak ada satu pun
manusia jalang
(Aristoteles) 

Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan.

kata-kata mutiara

Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.
 

Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.

Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum. Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di  sekelilingmu menangis. 

Tanda-tanda orang yang budiman ialah dia akan berasa gembira jika dapat berbuat kebaikan kepada orang lain, dan dia akan berasa malu jika menerima kebaikan daripada orang lain. 

Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan
tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat
(Khalifah Abdul Malik Marwan) 

Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain.

Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya.
(Voltaire)



Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan.
 

Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya.
 

Amat mudah untuk memadamkan api yang sedang marak, tetapi sukar untuk meredakan api kemarahan dalam diri.  

Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa.
Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan.

Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun ,
dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.

Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya  dan sepuas-puas yang kamu inginkan -Abdullah Mansur M.H


Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati.

Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi
benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian.

Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya
sudah pasti akan terkena asapnya. 

Kalau kita dapat membuka dan menutup telinga dengan mudah sebagaimana membuka dan menutup
mata,
pasti kita akan terhindar dari mendengarkan banyak kebatilan.

 
Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.


 
Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh
menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai.

Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat,kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan.

Barangsiapa memusuhi orang yang di bawahnya, hilang kewibawaannya.


 
Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji
Seorang boleh menipu seseorang sekali-sekala tetapi orang yang sama tidak boleh menipu semua
orang pada masa yang sama.

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat. 

Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawaban-jawabannya
(Voltaire )

Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan
yang dilakukan. 

Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan
harap ia akan datang kembali
Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang –Anonim

Orang cerdik yang mengenal dunia, terungkap baginya musuh yang berbaju kawan.

Pengumpul harta belum tentu memanfaatkannya, dan yang memanfaatkan harta, belum tentu yang mengumpulkannya.


Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik.Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga.Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.

Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mau permintaan kamu diabaikan orang.
Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup
dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri
melarangnya berbuat jahat.(Pepatah Arab ) 

Barangsiapa membawa berita tentang orang lain kepadamu, maka dia akan membawa berita tentang
dirimu kepada orang lain. 

Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa.


Emas diuji dengan api, wanita diuji dengan emas dan lelaki diuji dengan wanita.

Orang yang berbohong itu sentiasa ingin melarikan diri sedangkan tiada seorang pun yang mengejarnya namun orang yang benar itu berani seperti singa
(Goethe)

Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada mengetahui segala
sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu.



Kawan sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu.

Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan keluar.


Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan sesebuah benteng yang tidak dibela.
(Napoleon Bonaparte )

Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan.






 

Apabila bicara itu perak, diam adalah emas.

Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan
kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab -Nabi SAW



Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan.
Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.



Menghairankan sekali, orang yang mencuci wajahnya berkali-kali dalam sehari, tetapi tidak mencuci
hatinya walaupun sekali setahun. 



Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti pelakunya. 

Keikhlasan mempunyai kilauan dan sinar, meskipun ribuan mata tidak melihatnya. 



Jangan tertarik kepada seseorang kerna parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerna kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang
dapat membuatmu tersenyum, kerna hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.



Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya. 



Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya,
tetapi sungguh benar pula bahwa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.



Musibah dalam harta lebih ringan daripada musibah dalam kehormatan. 



Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti dan mendapati pada akhirnya bahawa tidak demikian adanya dan harus melepaskannya pergi.



Beritahukan kepadaku apa bacaan-bacaanmu, nescaya aku akan beritahu siapa diri kamu ini.

Masa depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang dilupakan.Kita tidak dapat meneruskan hidup dengan baik jika tidak dapat melupakan kegagalan dan sakit hati
di masa lalu. 



Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.


Keutamaan akal ialah hikmah kebijaksanaan, dan keutamaan hati ialah keberanian.

Barangsiapa yang hari ini sama dengan kelmarin, maka tertipulah dia, dan barangsiapa hari ini lebih jahat dari kelmarin, maka terkutuklah dia.


Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan daripada usaha yang besar.

Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

Tidak lurus keimanan seseorang kecuali jika hatinya lurus, dan tidak lurus hati seseorang kecuali jika lurus lidahnya

Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan telah bersedia di mukanya
(Khong Hu Cu)

Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dideritainya. Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang

Jangan menyalakan api untuk membakar musuh anda sedemikian panas, sehingga anda sendiri hangus kerananya.

Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya, dan bukti ilmunya ialah ucapannya.

Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk perkara-perkara besar.

Pandanglah segala sesuatu dari kacamata oranglain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hari orang lain pula. 

Tentang Waktu
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa berarti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.

Tidak penting bagimu mengetahui harganya, tetapi penting mengetahui nilainya.

Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan

Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali

Menikmati kehidupan itu adalah lebih baik dari hanya sekadar memerhati kehidupan

Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan. 

Orang yang paling mampu menguasai dirinya ialah yang paling mampu menguasai rahsianya.

Tiap-tiap sesuatu, apabila banyak menjadi murah melainkan akal, bertambah banyak lagi berharga

Orang yang mengikuti emosinya, akan kehilangan adabnya.

Sekalipun tidak pernah menjadi kaya-raya, kita masih beruntung tidak juga papa kedana

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
( William J. Siegel)

Setiap bunga mawar pasti ada durinya.

Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya

Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya.

Mungkin diam itu suatu jawapan yang baik atau mungkin pula teguran dan nasihat yang baik.


 Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

Barangsiapa menanam, dia yang akan menuai




Fikirkan permusuhan kita akan dimusuhi, fikirkan kebencian, kita akan dibenci. Tetapi sekiranya kita fikirkan kasih maka kita akan dikasihi. Ini adalah undang-undang alam. Kita menjadi seperti apa yang kita fikirkan

Seekor burung di tangan lebih baik daripada sepuluh ekor di atas pohon. 

Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai  sejuta makna.

Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya.
Namun demikian, janganlah menulikan telinga untuk mendengar dari orang yang mengatakannya dengan sepenuh hati.