Header..

Header..

CLICK ICON DI BAWAH!

LINK KE:


http://faleeqharees.blogspot.com/p/filem-pilihan-curry.htmlhttp://faleeqharees.blogspot.com/p/lagu.html              

http://faleeqharees.blogspot.com/p/tutorial.htmlhttp://faleeqharees.blogspot.com/p/jejak-islam.html             




Showing posts with label Edisi motivasi diri. Show all posts
Showing posts with label Edisi motivasi diri. Show all posts

Saturday, February 25, 2012

Koleksi Kata-kata Mutiara (4)

mutiara kata-kata

kata-kata Mutiara

Tuhan menjawab doa mu dalam 3 cara: "YA" Dia berikan kamu apa yang kamu minta, "TIDAK'' Dia akan beri kamu yang lebih baik, "TUNGGU" Dia akan beri kamu yang terbaik. :)

Jangan sesekali merobohkan pagar tanpa mengetahui mengapa didirikan. Jangan sesekali mengabaikan tuntunan kebajikan tanpa mengetahui keburukan yang kemudian kita dapat. 

There is one thing stronger than all the armies of the world, and that is an idea whose time has come. -VICTOR HUGO 

Experience is the name we give to our Mistakes. 

Menanyakan soalan yang betul merupakan separuh kepada penyelesaian kepada Masalah yang dihadapi.

Do not go where the path lead,go instead where is no path and leave a trail. -RALPH WALDO EMERSON

mutiara kata

mutiara kata-kata
  
" Membalas kebaikan dengan kejahatan adalah perangai yg serendah-rendahnya. Membalas kejahatan dengan kejahatan, bukanlah perikemanusiaan. Membalas kebaikan dengan kebaikan adalah hal biasa. Membalas kejahatan dengan kebaikan adalah cita-cita kemanusiaan yg setingginya. Kita harus sanggup hidup untuk memberi cita-cita itu bertumbuh. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. "

  Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa akan terjadi pada hari esok.

            Memaafkan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memaafkan kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. maaf diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi.

 Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat.

 Sesuatu kebaikan, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.

Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab -Nabi SAW

Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau setitik kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

 Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat – Khalifah Abdul Malik bin Marwan

  Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara -Abraham Lincoln

 Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya – Confucius




Saturday, April 23, 2011

MUTIARA KATA 3

Morning Curry disini. 'kaifa haluka'? (كيف حالك؟) cuba teka bahasa apa niy? heheh pejam mata pun mesti anda semua tahu kan. bahasa arab :) tahu apa maksud 'kaifa haluka' x ? ee nk bukak google gak ke? okeyh, x yah la bukak www.google.com, curry bagi jawapan kat sini kay. ianya bermaksud "apa khabar". so curry harap suma org sihat walafiat. InsyaAllah ya. ^^

ok entry kali ni, curry nk post lagi mutiara kata-kata utk anda sekalian. ianya sambungan daripada kata-kata mutiara yang curry sempat petik dari blog  dan karya asal anna abadi yg popular satu ketika dulu sebelum blog tersebut ditutup. selamat membaca :) (mutiara kata 3: karya asal : anna abadi-di edit dan di publish semula oleh mr curry)

Mutiara kata 3: 

mutiara kata 1


"Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi." ~ Confucius

mutiara kata 2


"Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan." ~ Peribahasa Arab

mutiara 3

 "Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah seribu kebodohan."

"Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai boleh menetapi masa yang berharga." ~ Dr. Mahathir Mohamad

"Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang terhadap kesilapan mereka."

"Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan......... "

Kemuncak segala dosa ialah bohong. Dua perkara yang sentiasa mengiringi bohong ialah banyak berjanji dan banyak memberi alasan.
 
YANG DI ATAS ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA YANG DI BAWAH, TETAPI APABILA SUDAH BERADA DI ATAS, JANGANLAH DILUPAI YANG DI BAWAH KERANA DI BAWAHLAH PUNCANYA DI ATAS. 



ADA EMPAT TANDA–TANDA ORANG YANG BERAKAL : CINTA
PADA ILMU, TIDAK BERUBAH MUKANYA WAKTU MENERIMA
UMPAT DAN PUJI, BAGUS JAWAPAN DAN BANYAK BENARNYA .
- CENDEKIAWAN - 


ILMU ITU WARISAN NABI – NABI , SEDANGKAN HARTA
ADALAH WARISAN QARUN , SYIDAD DAN FIR’AUN.


ILMU AKAN MENJAGA PEMILIK ILMU , SEDANGKAN HARTA
MINTA DIJAGA.


HARTA AKAN ROSAK DITELAN ZAMAN SEDANGKAN ILMU
TETAP KEKAL UTUH . 


HARTA BOLEH DICURI SEDANGKAN ILMU TIDAK BOLEH
DICURI.


INSAN YANG BERILMU RAMAI KAWANNYA SEDANGKAN
ORANG YANG BERHARTA BANYAK MUSUHNYA .


JANGAN DIIKUT PERANGAI LAMPU, MENERANGI ORANG
LAIN TETAPI DIRINYA SENDIRI TERBAKAR . SEBALIKNYA
CONTOHILAH PERANGAI BULAN, SETIAP KALI
BERTENTANGAN DENGAN MATAHARI, BULAN AKAN
MENDAPAT CAHAYA
- AL – KINDI -


 
JANGAN TERTARIK KEPADA SESEORANG KERANA
PARASNYA , SEBAB KEELOKKAN PARAS BOLEH
MENYESATKAN . JANGAN PULA TERTARIK KEPADA
KEKAYAANNYA KERANA KEKAYAAN BOLEH MUSNAH .
TERTARIKLAH KEPADA SESEORANG YANG DAPAT
MEMBUATMU TERSENYUM , KERANA HANYA SENYUM
YANG DAPAT MEMBUAT HARI – HARI YANG GELAP
MENJADI CERAH . 


 PSST: NI Gambar trade mark encik cury nyer Blog mulai hari ni ^^





Saturday, January 15, 2011

Mutiara kata 2

Assalamualaikum, Curry disini :)

Masa?
4.30 a.m , 15 Januari 2011, Sabtu.

Lokasi?
sumwhere kat Bilik L6,Kolej 14, UPM.

Kata mukadimah?
Brrr....sejuknyaaa! mucho frío esta mañana!rasa mcm lepak dlm peti ais lak..hohho .. pagi yg indah utk gi zzzz tp x leh (T-T) mata pun da jadi mcm panda ni!

sbb-penyebab?
LoL...katil single da kena tawan mati2 olei 2 org Makhluk yg bnama nakama* penakot T-T

motif? 
 zzzz...Dieorg takut balik bilik masing2  pas btukar ghost story!
wat the fish? 

pengajaran:
sila kunci pintu bilik anda lepas jam 1 pagi (T-T). 
Oleh sbb curry x pat tidur, so kene bwat sesuatu kat cini.jom zoom
Entry pertama utk bulan januari 2011: "mutiara kata 2". karya asal oleh Anna Abadi.(al-fatihah buat beliau) dicopy and edit smula oleh Mr Curry.


mutiara kata 2:



Jalan menuju kebahagian itu tidak ditaburi bunga mawar yang harum,
      melainkan penuh duri dan pahit -- William Shakespeare 


      Kadang-kadang Tuhan sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat.
      Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya
      Tuhan hendak memberi kita pelangi 




      Waktu itu bagaikan pedang, jika tidak kau potong maka ia (waktu) akan
      memotongmu.


      Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil. Jika
      anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan.
      Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada
      lagi peluang kedua.



      Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula.
      Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti
      yang nyata.
     
      Jangan berputus asa dalam mencari Ilmu bila Ilmu yang dicari itu tidak
      mahu masuk kedalam sanubari, tapi bersabarlah,kerana air yang lembut itu
      apabila menitis keatas sebiji batu yang besar secara berterusan, batu itu
      pasti akan mempunyai lekuk  

      Sesungguhnya persahabatan itu lebih   unggul dari percintaan, tanpa              
      persahabatan percintaan akan berakhir tetapi tanpa percintaan,                   
      persahabatan boleh kekal. Oleh itu    hargailah persahabatan yang terjalin.      
      
    Kenali senjata wanita: Airmata, senyuman, tuturkata, berhias dan kepandaian" -Kitab Melayu Lama Tajul Muluk
     
    Hidup kita ibarat subjek matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi.
      amalan yang baik hendaklah ditambahkan, segala perbuatan yang buruk dan
      dimurkai oleh Allah hendaklah ditolak atau dijauhkan, pahala amalan
      hendaklah digandakan dan masa yang ada hendaklah dibahagikan dengan
      sempurna agar kita tidak tergolong dalam golongan mereka yang rugi hidup
      di dunia dan akhirat.

      Apabila anda mula menyangka anda telah membuat satu pilihan yang salah
      dalam hidup anda dan terus menyangka kebahagian tidak akan anda kecapi
      kerana kesalahan membuat pilihan itu, selamanyalah anda tidak akan berasa
      bahagia" - Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj

      Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana
      semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik
      yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak

      Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu
      manis untuk dikenang.


      Sekiranya kamu yakin kamu boleh menang sememangnya kamu boleh,
      tetapi jika kamu fikir kamu akan kalah sememangnya kamu berada dalam jalan
      menuju kekalahan.

      Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
      Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
      Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
      Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

      Yang indah itu pertemuan, yang manis itu kemesraan, yang pahit itu
      perpisahan, yang tinggal hanyalah kenangan.

      Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya jangan engkau tinggalkan
      dia kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus. Manusia tidak sunyi
      daripada kesilapan


      Bersendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat
      dan teman duduk orang baik adalah lebih baik daripada duduk bersendirian

      Dosa yang paling keji terhadap rakan-rakan bukanlah kerana membenci mereka
      tetapi kerana kita bermuka-muka dengan mereka.

      Tidak ada orang yang berjaya dalan keadaan dirinya tak pernah sedia untuk
      berjaya kalau dia "berjaya" itu bukan kejayaan tapi kebetulan.

      Memendam rasa, baik yang elok mahupun yang tidak semuanya pasti meletup.
      Yang diperam pasti masak,yang direbus pasti mendidih, yang ditanak pasti
      menjadi bubur.

      Teman yang baik adalah orang dapat berkata benar kepada kita dan bukan
      orang yang selalu membenar-benarkan perkataan kita

      Pujian adalah makanan minda dan ia meransang otak. Otak yang teransang
      hasil daripada pujian yang tulus menjadikannya lebih kreatif

      Memendam perasaan ibarat memasang bom jangka yang diletakkan sendiri
      didalam rumah.
 
      Orang yang ingin hidup bahagia, perlu menjaga empat perkara:
      1. teguh menjaga kehormatan
      2. redha menerima apa yang sedikit
      3. berbuat kebaikan setiap hari
      4. memelihara lidah dari perkataan keji
Kita akan merasa bahagia apabila orang berasa senang dengan kita dan
      mencintai diri kita seperti mencintai dirinya sendiri.


      Marah menyebabkan separuh keintelektualan hilang berganti dengan
      tindakan-tindakan meluru,bodoh dan tidak munasabah.

      Esok belum tentu matahari masih mencerah merah, entah-entah sudah padam di
      kelopak mata kita..


      Dunia ibarat laut, semakin banyak diminum, semakin haus 

      Mengemukakan dalil kepada orang bodoh adalah mudah tetapi menyakinkannya
      amat sukar


      Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana
      keadaan kita semasa hidup.

      Hargailah dan pertinggikanlah peribadimu. Orang-orang yang bercita-cita
      harus mampu menaksir harga peribadinya secermat-cermatnya. Anda harus tahu
      akan harga diri dan harus selalu cuba untuk memepertinggikan peribadimu
      itu.

      Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada
      kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih,
      terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan
      kamu.

      Hanya orang yang bodoh sahaja akan terhantuk kepada batu yang sama buat
      kali ketiga, apabila hantukan yang pertama itu tidak diambil peduli.

      Kesilapan itu adalah peluang untuk membuat kejayaan yang lebih cemerlang.

      Ilmu itu adalah perhiasan yang paling menawan dan tiada tandingannya bagi
      orang yang benar-benar ikhlas mencarinya

      Angan-angan yang panjang itu adalah salah satu daripada kerosakan dalam
      mencapai kejayaan Ilmu

      Jadilah bunga mawar yang indah berpagarkan duri.Jangan biarkan dirimu
      menjadi sebarangan bunga yang tetap juga indah tetapi,sayang tidak
      berduri. Apabila tiada duri, tiada lagi benteng yang boleh melindungi
      keindahan si bunga daripada sewenang-wenangnya didekati sang kumbang.
      Lantas, tercemarlah keindahan dan murahlah nilainya. Duri mawar itulah
      ditasybihkan dengan perbatasan aurat, akhlak dan al-haya'. Dengan pagaran
      duri itu, kilauan warnanya semakin memancar indah dan harum aromanya
      menyelinap di segenap naluri yang mengundang kekaguman di hati sang
      kumbang hinggakan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.

      Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.
      Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
      Sahabat sejati menjadi pendorong impian.
      Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah 

      Lalai sesaat adakalanya mencucurkan air mata setahun- Peribahasa Belanda 




PSST: hohho jam da tunjuk kol 5.52 pagi. mAsa utk  subuh  . glup..glup.. blog2-ing jugak, solat2-ing jugak ^^ selamat siang utk anda :)



Saturday, October 30, 2010

Koleksi Mutiara kata : anna abadi

Assalamualaikum..
ruangan kali ini juga dipetik daripada kata-kata mutiara yang sempat diambil daripada forum teratak komuniti Anna Abadi untuk dikongsi bersama.  (mutiara kata 1: karya asal : anna abadi :di edit dan di publish semula oleh mr curry)
 
KATA-KATA MUTIARA

Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan.
Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.


Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya.

Dalam hidup,terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.


Jadikan dirimu bagai pohon yang rindang di mana insan dapat berteduh.
Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

mutiara kata
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi.
Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerna kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu
kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.

Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat
melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa
sakit hati.


Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya
dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan. Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa. 

Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam
didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari
tersesat di lautan hidup ini.

Dalam masyarakat manusia ada binatang jalang tetapi dalam masyarakat binatang tidak ada satu pun
manusia jalang
(Aristoteles) 

Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan.

kata-kata mutiara

Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.
 

Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.

Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum. Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di  sekelilingmu menangis. 

Tanda-tanda orang yang budiman ialah dia akan berasa gembira jika dapat berbuat kebaikan kepada orang lain, dan dia akan berasa malu jika menerima kebaikan daripada orang lain. 

Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan
tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat
(Khalifah Abdul Malik Marwan) 

Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain.

Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya.
(Voltaire)



Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan.
 

Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya.
 

Amat mudah untuk memadamkan api yang sedang marak, tetapi sukar untuk meredakan api kemarahan dalam diri.  

Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa.
Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan.

Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun ,
dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.

Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya  dan sepuas-puas yang kamu inginkan -Abdullah Mansur M.H


Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati.

Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi
benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian.

Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya
sudah pasti akan terkena asapnya. 

Kalau kita dapat membuka dan menutup telinga dengan mudah sebagaimana membuka dan menutup
mata,
pasti kita akan terhindar dari mendengarkan banyak kebatilan.

 
Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.


 
Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh
menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai.

Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat,kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan.

Barangsiapa memusuhi orang yang di bawahnya, hilang kewibawaannya.


 
Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji
Seorang boleh menipu seseorang sekali-sekala tetapi orang yang sama tidak boleh menipu semua
orang pada masa yang sama.

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat. 

Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawaban-jawabannya
(Voltaire )

Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan
yang dilakukan. 

Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan
harap ia akan datang kembali
Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang –Anonim

Orang cerdik yang mengenal dunia, terungkap baginya musuh yang berbaju kawan.

Pengumpul harta belum tentu memanfaatkannya, dan yang memanfaatkan harta, belum tentu yang mengumpulkannya.


Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik.Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga.Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.

Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mau permintaan kamu diabaikan orang.
Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup
dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri
melarangnya berbuat jahat.(Pepatah Arab ) 

Barangsiapa membawa berita tentang orang lain kepadamu, maka dia akan membawa berita tentang
dirimu kepada orang lain. 

Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa.


Emas diuji dengan api, wanita diuji dengan emas dan lelaki diuji dengan wanita.

Orang yang berbohong itu sentiasa ingin melarikan diri sedangkan tiada seorang pun yang mengejarnya namun orang yang benar itu berani seperti singa
(Goethe)

Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada mengetahui segala
sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu.



Kawan sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu.

Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan keluar.


Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan sesebuah benteng yang tidak dibela.
(Napoleon Bonaparte )

Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan.






 

Apabila bicara itu perak, diam adalah emas.

Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan
kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab -Nabi SAW



Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan.
Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.



Menghairankan sekali, orang yang mencuci wajahnya berkali-kali dalam sehari, tetapi tidak mencuci
hatinya walaupun sekali setahun. 



Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti pelakunya. 

Keikhlasan mempunyai kilauan dan sinar, meskipun ribuan mata tidak melihatnya. 



Jangan tertarik kepada seseorang kerna parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerna kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang
dapat membuatmu tersenyum, kerna hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.



Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya. 



Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya,
tetapi sungguh benar pula bahwa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.



Musibah dalam harta lebih ringan daripada musibah dalam kehormatan. 



Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti dan mendapati pada akhirnya bahawa tidak demikian adanya dan harus melepaskannya pergi.



Beritahukan kepadaku apa bacaan-bacaanmu, nescaya aku akan beritahu siapa diri kamu ini.

Masa depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang dilupakan.Kita tidak dapat meneruskan hidup dengan baik jika tidak dapat melupakan kegagalan dan sakit hati
di masa lalu. 



Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.


Keutamaan akal ialah hikmah kebijaksanaan, dan keutamaan hati ialah keberanian.

Barangsiapa yang hari ini sama dengan kelmarin, maka tertipulah dia, dan barangsiapa hari ini lebih jahat dari kelmarin, maka terkutuklah dia.


Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan daripada usaha yang besar.

Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

Tidak lurus keimanan seseorang kecuali jika hatinya lurus, dan tidak lurus hati seseorang kecuali jika lurus lidahnya

Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan telah bersedia di mukanya
(Khong Hu Cu)

Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dideritainya. Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang

Jangan menyalakan api untuk membakar musuh anda sedemikian panas, sehingga anda sendiri hangus kerananya.

Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya, dan bukti ilmunya ialah ucapannya.

Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk perkara-perkara besar.

Pandanglah segala sesuatu dari kacamata oranglain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hari orang lain pula. 

Tentang Waktu
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa berarti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.

Tidak penting bagimu mengetahui harganya, tetapi penting mengetahui nilainya.

Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan

Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali

Menikmati kehidupan itu adalah lebih baik dari hanya sekadar memerhati kehidupan

Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan. 

Orang yang paling mampu menguasai dirinya ialah yang paling mampu menguasai rahsianya.

Tiap-tiap sesuatu, apabila banyak menjadi murah melainkan akal, bertambah banyak lagi berharga

Orang yang mengikuti emosinya, akan kehilangan adabnya.

Sekalipun tidak pernah menjadi kaya-raya, kita masih beruntung tidak juga papa kedana

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
( William J. Siegel)

Setiap bunga mawar pasti ada durinya.

Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya

Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya.

Mungkin diam itu suatu jawapan yang baik atau mungkin pula teguran dan nasihat yang baik.


 Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

Barangsiapa menanam, dia yang akan menuai




Fikirkan permusuhan kita akan dimusuhi, fikirkan kebencian, kita akan dibenci. Tetapi sekiranya kita fikirkan kasih maka kita akan dikasihi. Ini adalah undang-undang alam. Kita menjadi seperti apa yang kita fikirkan

Seekor burung di tangan lebih baik daripada sepuluh ekor di atas pohon. 

Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai  sejuta makna.

Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya.
Namun demikian, janganlah menulikan telinga untuk mendengar dari orang yang mengatakannya dengan sepenuh hati.