Header..

Header..

CLICK ICON DI BAWAH!

LINK KE:


http://faleeqharees.blogspot.com/p/filem-pilihan-curry.htmlhttp://faleeqharees.blogspot.com/p/lagu.html              

http://faleeqharees.blogspot.com/p/tutorial.htmlhttp://faleeqharees.blogspot.com/p/jejak-islam.html             




Saturday, January 15, 2011

Mutiara kata 2

Assalamualaikum, Curry disini :)

Masa?
4.30 a.m , 15 Januari 2011, Sabtu.

Lokasi?
sumwhere kat Bilik L6,Kolej 14, UPM.

Kata mukadimah?
Brrr....sejuknyaaa! mucho frío esta mañana!rasa mcm lepak dlm peti ais lak..hohho .. pagi yg indah utk gi zzzz tp x leh (T-T) mata pun da jadi mcm panda ni!

sbb-penyebab?
LoL...katil single da kena tawan mati2 olei 2 org Makhluk yg bnama nakama* penakot T-T

motif? 
 zzzz...Dieorg takut balik bilik masing2  pas btukar ghost story!
wat the fish? 

pengajaran:
sila kunci pintu bilik anda lepas jam 1 pagi (T-T). 
Oleh sbb curry x pat tidur, so kene bwat sesuatu kat cini.jom zoom
Entry pertama utk bulan januari 2011: "mutiara kata 2". karya asal oleh Anna Abadi.(al-fatihah buat beliau) dicopy and edit smula oleh Mr Curry.


mutiara kata 2:



Jalan menuju kebahagian itu tidak ditaburi bunga mawar yang harum,
      melainkan penuh duri dan pahit -- William Shakespeare 


      Kadang-kadang Tuhan sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat.
      Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya
      Tuhan hendak memberi kita pelangi 




      Waktu itu bagaikan pedang, jika tidak kau potong maka ia (waktu) akan
      memotongmu.


      Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil. Jika
      anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan.
      Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada
      lagi peluang kedua.



      Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula.
      Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti
      yang nyata.
     
      Jangan berputus asa dalam mencari Ilmu bila Ilmu yang dicari itu tidak
      mahu masuk kedalam sanubari, tapi bersabarlah,kerana air yang lembut itu
      apabila menitis keatas sebiji batu yang besar secara berterusan, batu itu
      pasti akan mempunyai lekuk  

      Sesungguhnya persahabatan itu lebih   unggul dari percintaan, tanpa              
      persahabatan percintaan akan berakhir tetapi tanpa percintaan,                   
      persahabatan boleh kekal. Oleh itu    hargailah persahabatan yang terjalin.      
      
    Kenali senjata wanita: Airmata, senyuman, tuturkata, berhias dan kepandaian" -Kitab Melayu Lama Tajul Muluk
     
    Hidup kita ibarat subjek matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi.
      amalan yang baik hendaklah ditambahkan, segala perbuatan yang buruk dan
      dimurkai oleh Allah hendaklah ditolak atau dijauhkan, pahala amalan
      hendaklah digandakan dan masa yang ada hendaklah dibahagikan dengan
      sempurna agar kita tidak tergolong dalam golongan mereka yang rugi hidup
      di dunia dan akhirat.

      Apabila anda mula menyangka anda telah membuat satu pilihan yang salah
      dalam hidup anda dan terus menyangka kebahagian tidak akan anda kecapi
      kerana kesalahan membuat pilihan itu, selamanyalah anda tidak akan berasa
      bahagia" - Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj

      Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana
      semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik
      yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak

      Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu
      manis untuk dikenang.


      Sekiranya kamu yakin kamu boleh menang sememangnya kamu boleh,
      tetapi jika kamu fikir kamu akan kalah sememangnya kamu berada dalam jalan
      menuju kekalahan.

      Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
      Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
      Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
      Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

      Yang indah itu pertemuan, yang manis itu kemesraan, yang pahit itu
      perpisahan, yang tinggal hanyalah kenangan.

      Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya jangan engkau tinggalkan
      dia kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus. Manusia tidak sunyi
      daripada kesilapan


      Bersendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat
      dan teman duduk orang baik adalah lebih baik daripada duduk bersendirian

      Dosa yang paling keji terhadap rakan-rakan bukanlah kerana membenci mereka
      tetapi kerana kita bermuka-muka dengan mereka.

      Tidak ada orang yang berjaya dalan keadaan dirinya tak pernah sedia untuk
      berjaya kalau dia "berjaya" itu bukan kejayaan tapi kebetulan.

      Memendam rasa, baik yang elok mahupun yang tidak semuanya pasti meletup.
      Yang diperam pasti masak,yang direbus pasti mendidih, yang ditanak pasti
      menjadi bubur.

      Teman yang baik adalah orang dapat berkata benar kepada kita dan bukan
      orang yang selalu membenar-benarkan perkataan kita

      Pujian adalah makanan minda dan ia meransang otak. Otak yang teransang
      hasil daripada pujian yang tulus menjadikannya lebih kreatif

      Memendam perasaan ibarat memasang bom jangka yang diletakkan sendiri
      didalam rumah.
 
      Orang yang ingin hidup bahagia, perlu menjaga empat perkara:
      1. teguh menjaga kehormatan
      2. redha menerima apa yang sedikit
      3. berbuat kebaikan setiap hari
      4. memelihara lidah dari perkataan keji
Kita akan merasa bahagia apabila orang berasa senang dengan kita dan
      mencintai diri kita seperti mencintai dirinya sendiri.


      Marah menyebabkan separuh keintelektualan hilang berganti dengan
      tindakan-tindakan meluru,bodoh dan tidak munasabah.

      Esok belum tentu matahari masih mencerah merah, entah-entah sudah padam di
      kelopak mata kita..


      Dunia ibarat laut, semakin banyak diminum, semakin haus 

      Mengemukakan dalil kepada orang bodoh adalah mudah tetapi menyakinkannya
      amat sukar


      Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana
      keadaan kita semasa hidup.

      Hargailah dan pertinggikanlah peribadimu. Orang-orang yang bercita-cita
      harus mampu menaksir harga peribadinya secermat-cermatnya. Anda harus tahu
      akan harga diri dan harus selalu cuba untuk memepertinggikan peribadimu
      itu.

      Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada
      kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih,
      terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan
      kamu.

      Hanya orang yang bodoh sahaja akan terhantuk kepada batu yang sama buat
      kali ketiga, apabila hantukan yang pertama itu tidak diambil peduli.

      Kesilapan itu adalah peluang untuk membuat kejayaan yang lebih cemerlang.

      Ilmu itu adalah perhiasan yang paling menawan dan tiada tandingannya bagi
      orang yang benar-benar ikhlas mencarinya

      Angan-angan yang panjang itu adalah salah satu daripada kerosakan dalam
      mencapai kejayaan Ilmu

      Jadilah bunga mawar yang indah berpagarkan duri.Jangan biarkan dirimu
      menjadi sebarangan bunga yang tetap juga indah tetapi,sayang tidak
      berduri. Apabila tiada duri, tiada lagi benteng yang boleh melindungi
      keindahan si bunga daripada sewenang-wenangnya didekati sang kumbang.
      Lantas, tercemarlah keindahan dan murahlah nilainya. Duri mawar itulah
      ditasybihkan dengan perbatasan aurat, akhlak dan al-haya'. Dengan pagaran
      duri itu, kilauan warnanya semakin memancar indah dan harum aromanya
      menyelinap di segenap naluri yang mengundang kekaguman di hati sang
      kumbang hinggakan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.

      Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.
      Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
      Sahabat sejati menjadi pendorong impian.
      Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah 

      Lalai sesaat adakalanya mencucurkan air mata setahun- Peribahasa Belanda 




PSST: hohho jam da tunjuk kol 5.52 pagi. mAsa utk  subuh  . glup..glup.. blog2-ing jugak, solat2-ing jugak ^^ selamat siang utk anda :)



5 comments: