Header..

Header..

CLICK ICON DI BAWAH!

LINK KE:


http://faleeqharees.blogspot.com/p/filem-pilihan-curry.htmlhttp://faleeqharees.blogspot.com/p/lagu.html              

http://faleeqharees.blogspot.com/p/tutorial.htmlhttp://faleeqharees.blogspot.com/p/jejak-islam.html             




Thursday, October 28, 2010

Madah-madah Cinta?


Assalamualaikum. Apa khabar semua? Harap sihat hendaknya. Sekadar
 untuk tatapan bersama, Encik Curry ingin berkongsi sebuah puisi yang telah 
dikarang sendiri satu ketika dulu. (◕‿◕)  ZAMAN jiwang2 dulu2  -__-!!


TAHUN 2004

Tahun 2004, aku ingat lagi tahun itu,
Tahun yang penuh dramatis,
Penuh makna, penuh emosi,
Tahun dimana aku mula mencari erti Cinta,
Sebuah cinta, Rasa cinta,
Ingin mencintai, juga dicintai.


Tahun 2004, aku ingat lagi tahun itu,
Detik itu, wajah itu,
Jelingan itu, senyuman itu,
Perasaan itu, Rasa itu,
sentiasa segar, menggangu fikiran ku,
mengusik jiwaku,
saat melihat dirimu,
hati ini sentiasa menjadi tak menentu.
Tahun 2004, aku ingat lagi tahun itu,
ya, tahun aku bertemu denganmu,
buat pertama kali, kau menegurku,
saat itu , masa umpama berhenti seketika,
kau ada didepanku, senyuman itu menusuk hatiku,
jantung berdegup tiada kesudahan,
aku suka dirimu, tapi tiada ayat yang bisaku ucapkan,
lidah terasa kelu, mulut terasa dikunci.
aku lalu begitu sahaja.

Tahun 2004, aku ingat lagi tahun itu,
ya, kau ada di situ, aku sekadar memerhati,
menyusun ayat, tapi tak bisa meluahkan,
masa terus berlalu, dan terus berlalu,
tanpaku sedar, kau menjadi perhatian ramai,
ramai yang memikatmu, akhirnya kau dimiliki,
aku kecewa, memendam rasa,
sekali lagi masa berhenti, 
tapi kau sudah tiada didepanku.

Tahun 2004, aku ingat lagi tahun itu,
Tahun dimana Cinta  tiada erti padaku,
Tiada kata yang bermain di hatiku,
Tiada ubat yang bisa menyembuhkkan,
masa menjadi teman kesunyian,
kesudahan yang tak ku harapkan,
kesal menjadi jalan ceritaku,
kerna tak pernah meluahkan. :(

                                        by: Curry jiwang 2004

Moral yang boleh dikongsi: Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu. -__-!! Kepada yang mempunyai seseorang dihati tu, nah, jgn berlengah lagi, luahkan perasaan kamu itu, nanti terlambat, Menyesal x berkesudahan ya. x kira lelaki ke perempuan semua sama. Zaman moden skrg ni, en Curry x rasa, cinta perlu tungu orang laki je yang kena luahkan dulu. HMm ya, zaman Nabi dulu pun, isteri Baginda sendiri iaitu Saidatina Siti Khadijah yang melamar Baginda. :) 

oh ya :) Semasa melalui zaman jiwang dulu dalam tahun 2004 jugak lah, encik Curry masih ingat lagi sebuah website yang diberi nama, Teratak Komuniti Anna Abadi. Ianya adalah sebuah forum yang quite popular sekitar tahun tersebut hingga tahun 2007 macam 2 lah kalau x silap. Forum tu banyak dimuatkan dengan madah2 cinta seperti : puisi, cerpen, luahan hati, balas pantun, ruangan lepas geram,  mutiara kata, cerita cinta, madah-madah cinta, tips cinta, petua2 untuk bercinta dan juga dilengkapi dengan muzik background yang mengamit hati serta penuh emosi untuk tatapan sesiapa yang melawat laman web tersebut. :). rupa bentuk dan background laman web tu masih lagi  tersergam indah di kotak ingatan encik Curry sehingga ke hari ni ; ada bintang2, and sesetengah lagu background kat laman web tu pun encik Curry  masih memorize lagi -__-!! lagu dah jumpa tapi tgah cari idea kat mana boleh buat embeded code untuk setiap muzik tersebut dan kongsi kat sini xD.Dulu encik Curry tiap masa suka lawat laman web tu. Baru2 ini dalam tahun 2010, encik Curry cuba untuk mengesan balik laman web tersebut, tapi ianya sudah pun ditutup. Apa yang mengejutkan encik Curry adalah berita tentang kematian pemiliknya iaitu Allahyarhamah saudari Anna pada sekitar tahun 2006 iaitu tanggal 26 December bersamaan satu hari sebelum hari lahir Encik Curry ni. :( Apa yang encik Curry ni tahu, Forum Teratak Anna Abadi terus sahaja ditutup sebaik sahaja kematian pemiliknya. Penutupan forum dilakukan oleh rakan-rakannya diatas permintaan arwah sendiri. Ni la antara pesanan terakhir yang encik Curry ambil daripada (crayonkakak.net).
Kerana itu anna telah meninggalkan pesanan kepada kawan-kawan anna. Nak dikatakan wasiat agak kelakar pula, tetapi ia tetap pesanan yang wajib ditunaikan oleh kawan-kawan anna jika anna ditakdirkan pergi dahulu.
Pesanan anna…tutuplah hompej anna. ..tutuplah blog anna…tutuplah Teratak dan segala-gala perkara yg melibatkan anna di internet. Buanglah semua gambar-gambar anna yg tersimpan di chamber rahsia yg hanya diketahui teman-teman rapat. Buanglah puisi-puisi anna kerana anna tidak mahu kawan-kawan anna bersedih dgn apa yg anna tinggal. Hilangkan semua jejak anna di alam maya yang tidak bertepi ini. Mereka tahu password anna. Password anna hanya satu utk semua perkara. Anna tidak pernah mengubahnya sejak pertama kali anna mengenali apa itu password di alam maya. Password itu tetap sama dan ada makna tersendiri. Mereka adalah kawan-kawan anna yang anna percayai dan anna tahu mereka tidak akan mengecewakan permintaan anna.
Anna tidak mahu website anna tergantung-gantung di maya selepas ketiadaan anna. Anna telah banyak melihat website dan blog yang ditinggalkan sepi oleh pemiliknya yang sudah kembali kepada Tuhannya. Dan tahun ini saja sudah ada 2 teman blog anna yg deceased. Salah satunya blog teman blogger anna, misznana yg telah kembali ke rahmatullah. Blognya tergantung begitu saja tanpa ada sesiapa menutupnya.
[Al-Fatihah buat beliau. Semoga rohnya dicucuri Rahmat disisi-NYA.]

Dahulu Encik Curry sering melawat laman web tersebut. Sempat Juga Mengambil / Copy banyak madah-madah cinta dari ruangan kata-kata mutiara tersebut untuk tujuan rujukan atau collection sendiri. Sekarang Laman web itu dah pun ditutup, tapi x salah rasanya nak berkongsi balik informasi tentang apa yang ada kat sana untuk tatapan bersama serta peminat2 yang masih mengingati beliau. nilah antara kata-kata mutiara yang encik Curry sempat copy masa tu :



ADA APA DENGAN CINTA?


Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah
berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala
kebencian membawa kepada kemusnahan.
( Mahatma Ghandi)


Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk
mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping
hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita
mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,"
Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu
pula?". Jawab titis air mata kedua tu," Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan
seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja."

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil
berkata: aku turut bahagia untukmu.
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi
kita.

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali
menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya
lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu
berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup
matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal
dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

 
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan.
Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih
ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai
keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.


 
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran
akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata
cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.


Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu
dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu. 

Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri
daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali
perbuatan kamu itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan
mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta
bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat
(Hamka)

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi
sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan
adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu
kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting
sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu
terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.


Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti
bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus
membiarkannya pergi.

Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur
berkeping.
Dan hanya dengan mendengar kata "Hai" darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi,
segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan
mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana CINTA. Alangkah misterinya
cinta seorang wanita yg dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh,
tetapi itulah hakikatnya.

Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan
ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga
kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu
kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.

Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi
larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak
semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Kesetiaan akan mengikat cinta,
kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta. Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah
jika cinta terus bersama.

Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya.
Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih
orang menaruh harapan.


Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka
seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia
sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar
mencintainya setulus hati.

Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian,dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu. (Raja Pedang Deir )


Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika
cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.

Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat
menarik perhatianmu. Dari kalangan yang kamu pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang
sanggup menyinari anda walau dimana sahaja kamu berada.

Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap
tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat
melukakan hati pasanganmu.

Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta, dan
suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta. Tetapi, cinta itu adalah cinta.

 
Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan
berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati artinya hidup dan cinta kepada Tuhan artinya Takwa. 

Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan.
Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati
kelaparan.

Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai
perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang
gemerincing.

Cinta adalah keabadian...dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami

Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek
yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan
kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak
merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri
sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji. (Hamka ) 

Kata-kata cinta yang lahir hanya sekEdar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh
jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala
luka di hati orang yang mendengarnya.
Cinta dan kasih sayang adalah jawapan yang dapat menyembuhkan segala penyakit, dan jalan yang
menuju kepada rasa cinta dan kasih sayang hanyalah melalui kemaafan.

Cinta umpama bunga di taman yang sedang mekar, hiasilah, jagalah taman kamu untuk kelihatan
cantik dan ceria dan seandainya kamu tidak berbuat demikian, layulah bunga di taman dan rosaklah
cinta yang sejati.

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah
dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.
(Dale Carnagie)

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah
Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah
terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang
kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

Cinta itu membuatkan kamu gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yang bertuah.

Cinta ibarat pot bunga antik, ia sukar ditemui, sukar diperolehi tapi mudah untuk jatuh berderai.

Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

Cinta sesuatu yg mengasyikkan,ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran. Cinta juga
sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta.

Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu.

Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.

Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan.

Tangisan juga bukanlah pengubat cinta kerana ia tidak mengerti perjalananan hati naluri.

Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita maka dengan sendirinya cinta itu akan
hadir.


Di suatu hari kau datang dan bertanya padaku apa yang lebih penting : Dirimu atau nyawaku. Dan
aku menjawab nyawaku lebih penting dan kau pun berlalu dengan penuh kekecewaan tanpa pernah
kau sedari bahawa kaulah nyawaku itu. Sesungguhnya kau adalah cinta dan nyawaku dalam hidup
ini.

Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia
menghampiri. 

Cinta pertama adalah kenangan. Cinta kedua menjadi pengajaran. Dan cinta yang seterusnya adalah
satu keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Lantaran itu pupuklah cinta
yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya. Agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.
Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada
masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu
sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa kekecewaan itu.

Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan
sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan
seseorang.

5 comments:

  1. aku terpaksa taip satu-satu balik pasal ianya dalam
    bentuk text yg aku save kat dalam disket dulu :)
    kena korban sikit masa balik utk edit dalam bentuk warna dan tulisan ini. ohya sebenarnya ada banyak lagi bahan yg aku ambik dari teratak tersebut, smuanya masih ada dalam hardisk yg ku simpan. jika ada masa mungkin akan edit dan postkan satu persatu hasil karya anna abadi yg masih selamat ku simpan.

    ReplyDelete
  2. wah wah..bagus nye..speechless...=))

    ReplyDelete
  3. x pernah berasa hampa bila dipuji T-T
    hohho thankz :)

    ReplyDelete
  4. dulu saya pon pernah masuk gak teratak tu..time tu skolah rendah lagi dan kene present sajak dalam kelas..jadi ambik salah satu puisi beliau.. sy igt lagi dulu sampai x tutup comp sbb dgr lagu bg dia..
    tah mcm mana terngiang2 pulak lagu tu skrg...ada sesiapa tau tajuk lagu yg digunakan dlm teratak tu x?

    ReplyDelete
  5. rasa macam di hidup dalam cinta alam fantasi je bila masuk blog ni..background music btl2 mnyentuh kalbu...

    ReplyDelete