Header..

Header..

CLICK ICON DI BAWAH!

LINK KE:


http://faleeqharees.blogspot.com/p/filem-pilihan-curry.htmlhttp://faleeqharees.blogspot.com/p/lagu.html              

http://faleeqharees.blogspot.com/p/tutorial.htmlhttp://faleeqharees.blogspot.com/p/jejak-islam.html             




Friday, January 21, 2011

Perempuan idamanku, Dulu dan Kini.

Perempuan idamanku, Dulu dan Kini.


hi !.semekom:)  mmm...skunk da pukul 9.59 pagi. curry bru pas minum teh tarik kat maulana jap tdi. sambil hirup2 teh tarik kat cawan tu, sempat baca akhbar metro lagi. mmm
da bwat senyum pagi ke lom ni? ''wat de fish''.. blom? tanya lagi camana nk bwat senyum pagi? da melampau ni. xkn x tahu kot? nk curry ajar kan ke? mengada2 tol.. .zzz...cam ni la. sbb pagi nee curry rs mcm sweet sgt je tetiba, siap tunjuk demo lagi.*ceh.*.ni haa....

hohho..sorry kena wat camni tuk org yg susah senyum :P 

Psst: best dan SeSWai sgt..tok DiPRAKTIKkan kat org yg bru bgun tido pagi, cuba laaa k, kalau kena tampor tue, jangan lapor kat curry, k? hohhhooho :x gLUP...GLUP...glup..Curry igt nk wat camni tok bakal wife nti lau die suke bgun lewat2 =D suka x suka, wife x bley marah n x leh tampar husband. berdosa tauw, leh msuk neraka.heh heh heh

mmm.. pagi ni curry nk share pndgn curry ttg perempuan. 
APa itu perempuan? Menurut definisi dalam Kamus Bahasa Indonesia Yg dipetik dari x"BlogBlong'' dot kom , perempuan adalah orang (manusia) yang mempunyai vagina, dapat menstruasi, hamil, melahirkan anak dan menyusui. Sedangkan wanita adalah perempuan yang berusia dewasa. :P hohhoo
 
Perempuan idaman curry. Dahulu dan sekarang. agak2 mcmana ye ciri2 prmpuan idaman yg curry nk =) segan sia, nk Gong xi gong xi ni(kongsi)...kat sini :P heh heh.

meh msuk trus menu topik kita pagi ni....glup..glup..glup..
KK,dikisahkanla, masa zaman agak muda dulu, skitar umur lam 16tahun - 20tahun dulu, perempuan idaman, yg curry salu khayalkan, tiap2 ari mempunyai ciri2 yg begini: (sorry kena pakai pandangan visual dlu) bru leh gambar kn gan ayat hohho


muka cam susah hati ni cute sgt =).


takako matsu sebijik muka cam rinoa heartilly
2 gambar kat atas merujuk kpd siapa? kk, curry explain;
  • gambar no 1 adalah rinoa heartilly [sesape yg penah maen games Final Fantasy VIII tau kot, sesapa yg x penah maen dun worry leh click kat sini utk informasi lebey lanjut :) ]
  • gambar no 2 adalah aktress/penyanyi Takako Matsu yang merupakan model rinoa lam game FF8 tu.
so masa umor 16 tahun camtue,  2 subjek ni la slu belegar2 lam khayalan encik curry :P slu je bayangkan kalau betul2 org ni wujud, kan best kan kan? 
[Perhatian utk yg sdg membaca: ayat deskripsi warna biru, curry cetak  rompak trus dari web, warna merah ayat yg curry ringkaskan ]


Sifat2  menarik yg bjaya/ mncuit hati curry lam watak game ni iaitu yg dimiliki oleh rinoa heartilly ialah:
  1. A lively young woman with the ability to touch people's hearts.Open and honest with her feelings, she speaks her mind without reservation. Driven by her ambition, she can be stubborn at times.
    "Rinoa stands up for what she believes in.(curry simpulkan: perempuan yg sangat bersemangat, aktif, open-minded,sifat natural: diri sendiri)
  2. She's the type of person who believes in spreading kindness because she knows how the smallest acts of caring can deeply affect and change others.(perempuan yg baik hati, ikhlas menawarkan kebaikan tanpa harap apa2 balasan)
  3. "Rinoa is neither spoiled nor clingy." (x gedik2 or manja yg melampau kat umah, or mcm queen jerh)
  4. "You're gonna wake the princess? You've got some guts, man." This line is said by one of the Forest Owl members on the train. Everyone is scared of disturbing Rinoa from her sleep because she's grumpy when she wakes up and can get rather violent when angry.Many know that she'll scratch or kick to make someone obey or listen – like what she did to Irvine outside the Desert Prison. This is also why they're scared to tell her that she hopelessly lacks skill in handiwork.(kat org laen leh jdi garang bila kejut tidur, tp x kat husband sndiri :P k?)
  5. "You sound like you want everyone to get the wrong idea."
    This line is said by Squall during the Galbadia and Balamb Garden war. Rinoa made it seem like she only borrowed the ring because she wanted one like it, however she really likes Squall and wanted to have something of his.
    Rinoa wanted to seem like she wasn't that interested in Squall in front of others, however the way she acted proved quite the opposite. She attempts to hide her feelings but her thoughts towards Squall are easily seen.
    Her outward actions can make any rival interested in Squall give up. Squall knows how she feels because of the way she denies it and the way she seems delighted about the notion of people thinking that they're a couple. Maybe this is how she hits the right spot in charming a guy like Squall, she uses their weaknesses on them.
    From Squall's point of view, Rinoa gradually becomes a focus in his life. He keeps changing, little by little during his encounters with her. When Rinoa is attacked and in a pinch, Squall would do anything to help her. This dramatic change in Squall, the same person who refuses relations with others and spends time thinking inwardly is due to Rinoa's influence. In time, Squall starts to love others, something which is Rinoa's strongest trait. (bila dia suka sesuatu, dia x pandai nk sembunyikan. comel gak girl yg ada sifat2 camni hohho)
  6.  Rinoa acts in an unusual way for girls, which is straight forward with people. She's like that towards anybody in particular, so a lot of guys will be a little confused (laugh)! Rinoa is not subtle about things and when she likes someone or wants something it's too hard for her to hide it. At the Balamb Garden dance party, she probably would have been like that with any guy who was free.(dia yg cari kita dulu, bukan kita yg cari dia, maksud curry, perempuan yg ada keberanian utk tackle org dlu, bukankah isteri Rasulullah S.A.W dlu iaitu Siti Khadijah yg first skali melamar nabi S.A.W? ).
    utk maklumat lanjut ttg rinoa heartilly bacala/leh klik kat ''sini''.
    [Psst: tu la sifat2 girl  yg curry slu  bayang2kan zaman muda dlu, well dlu nk sangat cari yg absoulutely mempunyai sifat2  mcm rinoa heartiily ni..  perbezaan dgn zaman curry skunk ni pulak sikit je pun sebenarnya...heheh ..UPGRADE sikit je dari zaman muda curry ...hmhhh hmmh pa yer? .. segan nk bgtauw, skunk ni curry suka tgk girl yg lengkap berpakaian menutup aurat. ]
    ''sedap mata memandang, sedap juga hati melihat''.-curry jiwang

    Nice to see, nice to hold, once broken, consider sold. :P


    kk lah, sini dulu ye,lagi edit kemudian. curry nk pi solat jumaat..da.. doa2..agar bakal isteri nanti dpt yg baik2 n solehah jugak. amin.

Monday, January 17, 2011

petua pikat wanita!

 Glup...glup..glup..

..Assalamualaikum . pagi ni masa tgah belek2 brg2 yg ada dalam kotak lama, Curry tjumpa lak gan sekeping disket,& cun pulak disket tu ada myimpan maklumat yg curry ingin kongsi dgn pembaca2 sekalian utk entry kali ni..hohho... sblom kita 'ZooM' 'Tajuk utama entry kali ni, jom kita imbas DEFINISI disket?

Dari laman web www.wikipedia.org ,disket membawa erti : adalah sebuah perangka penyimpanan data yang terdiri dari sebuah medium penyimpanan yang berbentuk magnetik bulat yang tipis,lentur dan dilapisi oleh lapisan plastik berbentuk 4 segi. lazimnya hanya berkapasiti 1.44 mb sahaja.

disket
jom.. kita cuba imbas semula, bila kali terakhir kita menggunakan disket? bagi curry, kali terakhir adalah pada semester satu DPI* ,tahun 2004 iaitu semasa belajar di UPM, kampus Bintulu . Masa tue curry still lagi gunakan disket untuk tujuan menyimpan/store segala maklumat/data yg diperoleh dari internet untuk tujuan koleksi. nak tahu fakta menarik lagi? tahun 2004 adalah zaman popular org ramai mgunakan cd/ dvd yg masing2 berkapasiti 700 mb & 2.6 gb sbg medium storage, sblom istilah pendrive /flash disk /usb muncul utk beberapa tahun berikutnya :) zzzz...old skool sungguh encik Curry ni kan kan?. org da guna cd, bru je guna disket T-T..

ohya balik pada tajuk utama : petua pikat wanita, Utk makluman anda semua, entry kali ni jgk adalah 100% menggunakan karya asal yang dipetik dari teratak komuniti anna abadi, yg sempat curry simpan dlm disket yg ditemui tersebut. All credit to Anna Abadi.





Berikut adalah ''petua ilmiah bagaimana anda boleh memenangi hati wanita /kekasih anda''. lanya dipetuakan oleh para bijak pandai setelah mengkaji  apakah kesukaan wanita yang memang sentiasa mahukan perhatian. Petua ini khas untuk suami isteri:

 
1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda  lakukan perkara lain dan peluklah dia.

2.  Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar  apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini. 


3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya. 


4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan  sifat memahami anda. 


5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia  memintanya  selama setengah jam setiap hari. 


6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa  lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna. 


7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu,jangan  menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang  hendak  buat. 


8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk  memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula. 


9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa  parasnya. 


10. Akui perasaannya bila dia merasa marah. 


11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat. 


12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut  membuat persediaan. 


13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan  beritahu dia tentang hal itu. 


14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah  kerana bertanya. 


15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda  dan nyatakan kepadanya 'Saya kasihan awak tersinggung'.  Kemudian  diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah  anda. 


16. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan  padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir  mengenai sesuatu. 


17. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah,bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara  yang  hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak  menyangka  yang bukan-bukan. 


18. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan  kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya. 


19. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah  atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian  sepenuhnya. 


 20. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia  untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih.Bantulah dia  menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar. 


 21. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak  buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang  akan  dilakukannya. 


 22. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya. 


 23. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar. 


24. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh,satu  zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tidak berkesempatan,himpunkan  dua  atau tiga pelukan pada waktu yang terluang. 


25. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan  sesuatu yang menarik, atau hanya katakan 'Aku cinta padamu'. 


26. Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari. 


27. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur. 


28. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang  dikhaskan. 


29. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong  buang  sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong tu. 


30. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda  selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu. 


31. Basuhkan kereta yang dipakainya. 


32. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima' jika itu  yang dia suka. 


33. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi  isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh  diselesaikan kemudian. 


34. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang,tengkuk dan  kakinya. 


35. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan  untuk jima'. 


36. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan  mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam. 


37. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak  ramai. 


38. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku  dan lumpuh.


39. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda  boleh  suruh dia memilih apa yang dia memang gemar. 


40. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk  menentukan di mana hendak makan. 


41. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka  pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan. 


42. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama. 


43. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya. 


44. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika  anda berada di khalayak ramai. 


45. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak  anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih  utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka. 


46. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel. 


47. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta  warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh  belikan  kain untuk dijahit kemudiannya. 


48. Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat  yang mahu dijadikan kenangan. 


49. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang  romantik. 


50. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan  menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya. 


51. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan  selamat, tidak terialu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula  terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju. 


52. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang  menunjukkan anda ambil berat seperti 'Awak nampaknya gembira hari ini'  atau 'Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya  sebabnya agar anda tahu  apa  yang mengembirakannya dan sebaliknya. 


53. Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah  tujuan  anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda. 


54. Solat bersama dan berdoa bersama. 


55. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta. 


56. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu. 


57. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada  masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau.Gunakan gam  yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan  lampu yang telah terbakar. 


58. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya. 


59. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima  melalui telefon. 


60. Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi. 


61. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang  dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak  berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta. 


62. Bila dia memasak, pujilah masakannya. 


63. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan 'Betul kata awak'.  Di  masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata  kepadanya. 


64. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku  yang  dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi. 


65. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar  seiring  dengannya. 


66. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal  bila  anda mahu keluar rumah. 


67. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya. 


68. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda. 


69. Rancanglah untuk makan angin bersamanya. 


70. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda  mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda  kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.


71. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu  padanya. 


72. Belikan untuknya makanan yang dia gemari. 


73. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya. 


74. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah  melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan  memenangi  hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya  dan menunjukkan anda ambil berat padanya. 


75. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia  merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik. 


76. Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk  wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut  gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri  anda  telah memperolehi perhatian yang dia perlukan. 


PSST:  fuhh..wahlao eh .susah jugak nak jaga/pikat hati perempuan kan kan T-T. worrghh bro2 skalian good luck

*DPI= Diploma Perikanan.

Saturday, January 15, 2011

bola sepak dan aku^^?


HAPPY :) mulai hari ni , encik curry x yah kluar g Maulana/Jamek lagi utk nonton bola sepak LIVE . xpayah bwat muka kesian n guna senior-gut utk soft-talk gan pak guard request special permission tok kuar pintu gate universiti kol 3-4 pagi nonton EPL, and la Liga ^^
Kini dgn klajuan uspot-a kat kampus serta penemuan satu website bola sepak online (free dan LIVE)  iaitu Watch Live Football website , skrg semuanya hanya dihujung jari sahaja. hohhoo.. (^.^) happy x? sila click "like" kat post bwh jika anda happy hohho.. 


Selain laman web di atas, di sini Encik Curry Listkan juga beberapa laman web lain serta link yang boleh access live football streaming for FREE.


  • FreeFootball.org(Updated 27/12/2011) link click sini
  • FirstRow Sport(Updated 15/2/2012) link click sini
  • HD-Stream Astro(Updated 25/2/2012) link click sini

Psst: CURRY suka tgk dan maen bola sepak. Favourite position: Fullback, centre back, defender, last man. ni gambar curry join bola sepak kolej 14 UPM semester lepas. Team hanya sekadar layak pergi separuh akhir sajaha T-T & akhirnya curry still kempunan utk  merasa maen bola sepak final kat stadium waktu malam.

            curry ada ditengah memakai jersi no 9 :P

             berakhirnya karier bola sepak kat sini?

gamba yg lain boleh la disaksikan kat sini. <--click
gelaran yg best diperoleh adalah gelaran paolo maldini kolej 14 ^^ oleh team-mate, syok tapi rasa x layak lagi:) sbb curry pakai headband mcm dier je kot hahah

siapa paolo maldini?

paolo maldini - football legend
mewakili- kelab bola sepak ac milan dan ITALy.
nak tahu lebih? click sini.

Mutiara kata 2

Assalamualaikum, Curry disini :)

Masa?
4.30 a.m , 15 Januari 2011, Sabtu.

Lokasi?
sumwhere kat Bilik L6,Kolej 14, UPM.

Kata mukadimah?
Brrr....sejuknyaaa! mucho frío esta mañana!rasa mcm lepak dlm peti ais lak..hohho .. pagi yg indah utk gi zzzz tp x leh (T-T) mata pun da jadi mcm panda ni!

sbb-penyebab?
LoL...katil single da kena tawan mati2 olei 2 org Makhluk yg bnama nakama* penakot T-T

motif? 
 zzzz...Dieorg takut balik bilik masing2  pas btukar ghost story!
wat the fish? 

pengajaran:
sila kunci pintu bilik anda lepas jam 1 pagi (T-T). 
Oleh sbb curry x pat tidur, so kene bwat sesuatu kat cini.jom zoom
Entry pertama utk bulan januari 2011: "mutiara kata 2". karya asal oleh Anna Abadi.(al-fatihah buat beliau) dicopy and edit smula oleh Mr Curry.


mutiara kata 2:



Jalan menuju kebahagian itu tidak ditaburi bunga mawar yang harum,
      melainkan penuh duri dan pahit -- William Shakespeare 


      Kadang-kadang Tuhan sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat.
      Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya
      Tuhan hendak memberi kita pelangi 




      Waktu itu bagaikan pedang, jika tidak kau potong maka ia (waktu) akan
      memotongmu.


      Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil. Jika
      anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan.
      Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada
      lagi peluang kedua.



      Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula.
      Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti
      yang nyata.
     
      Jangan berputus asa dalam mencari Ilmu bila Ilmu yang dicari itu tidak
      mahu masuk kedalam sanubari, tapi bersabarlah,kerana air yang lembut itu
      apabila menitis keatas sebiji batu yang besar secara berterusan, batu itu
      pasti akan mempunyai lekuk  

      Sesungguhnya persahabatan itu lebih   unggul dari percintaan, tanpa              
      persahabatan percintaan akan berakhir tetapi tanpa percintaan,                   
      persahabatan boleh kekal. Oleh itu    hargailah persahabatan yang terjalin.      
      
    Kenali senjata wanita: Airmata, senyuman, tuturkata, berhias dan kepandaian" -Kitab Melayu Lama Tajul Muluk
     
    Hidup kita ibarat subjek matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi.
      amalan yang baik hendaklah ditambahkan, segala perbuatan yang buruk dan
      dimurkai oleh Allah hendaklah ditolak atau dijauhkan, pahala amalan
      hendaklah digandakan dan masa yang ada hendaklah dibahagikan dengan
      sempurna agar kita tidak tergolong dalam golongan mereka yang rugi hidup
      di dunia dan akhirat.

      Apabila anda mula menyangka anda telah membuat satu pilihan yang salah
      dalam hidup anda dan terus menyangka kebahagian tidak akan anda kecapi
      kerana kesalahan membuat pilihan itu, selamanyalah anda tidak akan berasa
      bahagia" - Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj

      Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana
      semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik
      yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak

      Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu
      manis untuk dikenang.


      Sekiranya kamu yakin kamu boleh menang sememangnya kamu boleh,
      tetapi jika kamu fikir kamu akan kalah sememangnya kamu berada dalam jalan
      menuju kekalahan.

      Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
      Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
      Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
      Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.

      Yang indah itu pertemuan, yang manis itu kemesraan, yang pahit itu
      perpisahan, yang tinggal hanyalah kenangan.

      Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya jangan engkau tinggalkan
      dia kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus. Manusia tidak sunyi
      daripada kesilapan


      Bersendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat
      dan teman duduk orang baik adalah lebih baik daripada duduk bersendirian

      Dosa yang paling keji terhadap rakan-rakan bukanlah kerana membenci mereka
      tetapi kerana kita bermuka-muka dengan mereka.

      Tidak ada orang yang berjaya dalan keadaan dirinya tak pernah sedia untuk
      berjaya kalau dia "berjaya" itu bukan kejayaan tapi kebetulan.

      Memendam rasa, baik yang elok mahupun yang tidak semuanya pasti meletup.
      Yang diperam pasti masak,yang direbus pasti mendidih, yang ditanak pasti
      menjadi bubur.

      Teman yang baik adalah orang dapat berkata benar kepada kita dan bukan
      orang yang selalu membenar-benarkan perkataan kita

      Pujian adalah makanan minda dan ia meransang otak. Otak yang teransang
      hasil daripada pujian yang tulus menjadikannya lebih kreatif

      Memendam perasaan ibarat memasang bom jangka yang diletakkan sendiri
      didalam rumah.
 
      Orang yang ingin hidup bahagia, perlu menjaga empat perkara:
      1. teguh menjaga kehormatan
      2. redha menerima apa yang sedikit
      3. berbuat kebaikan setiap hari
      4. memelihara lidah dari perkataan keji
Kita akan merasa bahagia apabila orang berasa senang dengan kita dan
      mencintai diri kita seperti mencintai dirinya sendiri.


      Marah menyebabkan separuh keintelektualan hilang berganti dengan
      tindakan-tindakan meluru,bodoh dan tidak munasabah.

      Esok belum tentu matahari masih mencerah merah, entah-entah sudah padam di
      kelopak mata kita..


      Dunia ibarat laut, semakin banyak diminum, semakin haus 

      Mengemukakan dalil kepada orang bodoh adalah mudah tetapi menyakinkannya
      amat sukar


      Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana
      keadaan kita semasa hidup.

      Hargailah dan pertinggikanlah peribadimu. Orang-orang yang bercita-cita
      harus mampu menaksir harga peribadinya secermat-cermatnya. Anda harus tahu
      akan harga diri dan harus selalu cuba untuk memepertinggikan peribadimu
      itu.

      Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada
      kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih,
      terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan
      kamu.

      Hanya orang yang bodoh sahaja akan terhantuk kepada batu yang sama buat
      kali ketiga, apabila hantukan yang pertama itu tidak diambil peduli.

      Kesilapan itu adalah peluang untuk membuat kejayaan yang lebih cemerlang.

      Ilmu itu adalah perhiasan yang paling menawan dan tiada tandingannya bagi
      orang yang benar-benar ikhlas mencarinya

      Angan-angan yang panjang itu adalah salah satu daripada kerosakan dalam
      mencapai kejayaan Ilmu

      Jadilah bunga mawar yang indah berpagarkan duri.Jangan biarkan dirimu
      menjadi sebarangan bunga yang tetap juga indah tetapi,sayang tidak
      berduri. Apabila tiada duri, tiada lagi benteng yang boleh melindungi
      keindahan si bunga daripada sewenang-wenangnya didekati sang kumbang.
      Lantas, tercemarlah keindahan dan murahlah nilainya. Duri mawar itulah
      ditasybihkan dengan perbatasan aurat, akhlak dan al-haya'. Dengan pagaran
      duri itu, kilauan warnanya semakin memancar indah dan harum aromanya
      menyelinap di segenap naluri yang mengundang kekaguman di hati sang
      kumbang hinggakan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.

      Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.
      Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
      Sahabat sejati menjadi pendorong impian.
      Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah 

      Lalai sesaat adakalanya mencucurkan air mata setahun- Peribahasa Belanda 




PSST: hohho jam da tunjuk kol 5.52 pagi. mAsa utk  subuh  . glup..glup.. blog2-ing jugak, solat2-ing jugak ^^ selamat siang utk anda :)



Saturday, January 1, 2011

Siapa dia pakcik kaki panjang itu?

''Pakcik kaki panjang''


Prolog:
Beberapa bulan yg lepas, encik Curry ada singgah di sebuah kedai bookstore yang baru dibuka dekat mines shoping centre  iaitu Gramedia bookstore. Belek2 buku2 yg ada dekat sana, akhirnya pandangan  mata terhenti kat sebuah judul buku "pakcik kaki panjang". Ya, satu nama  yg sungguh nostalgik diingatan.
glup...glup..GLUP..
Jika anda lahir pada zaman 80-an, se- ERA dgn encik Curry ni, sudah pasti anda berpeluang utk menonton kisah "pakcik kaki panjang'' yang ada ditayangkan dekat t.v. Ianya merupakan sebuah siri animasi yg agak lama and mungkin ramai dikalangan anda  sudah lupa kewujudannya . Jom encik Curry kasi recall balik.

Sinopsis cerita: 

Kisah sorang gurl ni nme dia Cha Young Mi yg kehilangan kedua ibu bapanya..
so, dia terpaksa hidup sendiri..
tpi..ade seorg lelaki mystery yg Cha sndiri xknal & x pnh jumpe, byrkan yuran persekolahan serta kos saraan hidup Cha...
satu2nyer ''CLUE''  Yg ada ttg lelaki tu ialah ketinggian dia...so, si Cha ni, gelar the mystery guy tu sbagai 'Pak Cik Kaki Panjang"..
pastu....selepas tamat persekolahan, si cha ni  dpt keje kat stesen radio jd penulis..
satu hari dia tulis surat utk 'Pak Cik Kaki Panjang"
pastu tanpa disangka ' Pak Cik Kaki Panjang" tu bls surat dia...siap dgn hantar sebuah patung teddy bear yg sgt besar dan comeyl! >.<
 
tp..xlme pstu..cha dpt tahu surat tu sbnrnye gagal dihantar...
tp camne 'Pak Cik Kaki Panjang' tu tahu isi surat tu....??
siape sbnrnye 'hero' cha Young Mi..ni?
nak tahu lebih lanjut..?? dapatkan buku ini dipasaran selagi stok masih ada hihih. Ada 2 bahagian so kena beli 2 buku.


 ni bahagian prolog

 ni pulak bahagian epilog.

 
hei kawan2, apa ya maksud prolog? apa maksud epilog? adakah anda tahu? glup..glup...
dari laman web sesawang artikata.com , 'prolog' membawa maksud "pembukaan; peristiwa pendahuluan" manakala 'epilog' membawa maksud 'peristiwa terakhir yg menyelesaikan peristiwa induk'. So kena baca bahagian prolog buku ni terlebih dahulu baharulah anda semua akan faham bahagian epilog kisah "pakcik kaki panjang" ni.


epilog: 
Sebenarnya curry x  sempat tgk abes lagi siri cerita animasi ni kat t.v dlu T-T wuuu. nk jugak tahu ending cita bagaimana kan kan?. setelah 19 tahun bergelumang dgn misteri,ending cerita ni akhirnya diketahui juga  pada 9 September 2010.

"Penantian itu merupakan satu penyiksaan" - madah Curry Jiwang

PSST: ayat yg pernah diguna pakai semasa memikat miss N keekeke

tahun 2011

░░ HAPPY NEW YEAR !

☆☆♥░▓▓▓▓▓░░░░▓▓▓▓▓░░░▓▓░░░░▓▓░♫░░☆ ☆☆░░░♫░░▓▓░░▓░░░░░▓░▓▓▓░░░▓▓▓░♥☆☆ ☆☆░░♥░░░▓▓░░▓░░░░░▓░░░▓░░░░░ ▓░♫☆☆ ☆☆░♫░░▓▓░░░░▓░░░░░▓░░░▓░░░░░▓░♫░☆☆ ☆☆░░░▓▓░░░░░▓░░░░░▓░░░▓░░░░░▓░♥░☆☆ ☆☆░♥▓▓░░░░░░▓░░░░░▓░░░▓░░░░░▓░♫░☆☆ ☆☆♫░▓▓▓▓▓▓░░░▓▓▓▓▓░░░▓▓▓░░░▓▓▓ ☆☆☆

PSST: Encik Curry ingin mengambil kesempatan disini utk mg'ucapkn slamat tahun baru kepada suma 
rakyat Malaysia yg bbilang kaum dan agama. happy new year!