Header..

Header..

CLICK ICON DI BAWAH!

LINK KE:


http://faleeqharees.blogspot.com/p/filem-pilihan-curry.htmlhttp://faleeqharees.blogspot.com/p/lagu.html              

http://faleeqharees.blogspot.com/p/tutorial.htmlhttp://faleeqharees.blogspot.com/p/jejak-islam.html             




Saturday, April 23, 2011

MUTIARA KATA 3

Morning Curry disini. 'kaifa haluka'? (كيف حالك؟) cuba teka bahasa apa niy? heheh pejam mata pun mesti anda semua tahu kan. bahasa arab :) tahu apa maksud 'kaifa haluka' x ? ee nk bukak google gak ke? okeyh, x yah la bukak www.google.com, curry bagi jawapan kat sini kay. ianya bermaksud "apa khabar". so curry harap suma org sihat walafiat. InsyaAllah ya. ^^

ok entry kali ni, curry nk post lagi mutiara kata-kata utk anda sekalian. ianya sambungan daripada kata-kata mutiara yang curry sempat petik dari blog  dan karya asal anna abadi yg popular satu ketika dulu sebelum blog tersebut ditutup. selamat membaca :) (mutiara kata 3: karya asal : anna abadi-di edit dan di publish semula oleh mr curry)

Mutiara kata 3: 

mutiara kata 1


"Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi." ~ Confucius

mutiara kata 2


"Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan." ~ Peribahasa Arab

mutiara 3

 "Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah seribu kebodohan."

"Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai boleh menetapi masa yang berharga." ~ Dr. Mahathir Mohamad

"Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang terhadap kesilapan mereka."

"Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan......... "

Kemuncak segala dosa ialah bohong. Dua perkara yang sentiasa mengiringi bohong ialah banyak berjanji dan banyak memberi alasan.
 
YANG DI ATAS ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA YANG DI BAWAH, TETAPI APABILA SUDAH BERADA DI ATAS, JANGANLAH DILUPAI YANG DI BAWAH KERANA DI BAWAHLAH PUNCANYA DI ATAS. 



ADA EMPAT TANDA–TANDA ORANG YANG BERAKAL : CINTA
PADA ILMU, TIDAK BERUBAH MUKANYA WAKTU MENERIMA
UMPAT DAN PUJI, BAGUS JAWAPAN DAN BANYAK BENARNYA .
- CENDEKIAWAN - 


ILMU ITU WARISAN NABI – NABI , SEDANGKAN HARTA
ADALAH WARISAN QARUN , SYIDAD DAN FIR’AUN.


ILMU AKAN MENJAGA PEMILIK ILMU , SEDANGKAN HARTA
MINTA DIJAGA.


HARTA AKAN ROSAK DITELAN ZAMAN SEDANGKAN ILMU
TETAP KEKAL UTUH . 


HARTA BOLEH DICURI SEDANGKAN ILMU TIDAK BOLEH
DICURI.


INSAN YANG BERILMU RAMAI KAWANNYA SEDANGKAN
ORANG YANG BERHARTA BANYAK MUSUHNYA .


JANGAN DIIKUT PERANGAI LAMPU, MENERANGI ORANG
LAIN TETAPI DIRINYA SENDIRI TERBAKAR . SEBALIKNYA
CONTOHILAH PERANGAI BULAN, SETIAP KALI
BERTENTANGAN DENGAN MATAHARI, BULAN AKAN
MENDAPAT CAHAYA
- AL – KINDI -


 
JANGAN TERTARIK KEPADA SESEORANG KERANA
PARASNYA , SEBAB KEELOKKAN PARAS BOLEH
MENYESATKAN . JANGAN PULA TERTARIK KEPADA
KEKAYAANNYA KERANA KEKAYAAN BOLEH MUSNAH .
TERTARIKLAH KEPADA SESEORANG YANG DAPAT
MEMBUATMU TERSENYUM , KERANA HANYA SENYUM
YANG DAPAT MEMBUAT HARI – HARI YANG GELAP
MENJADI CERAH . 


 PSST: NI Gambar trade mark encik cury nyer Blog mulai hari ni ^^





Wednesday, April 20, 2011

30 tanda jatuh cinta!

Glup..glup..glup

.."Buenos días a todos" :) <--- ( ada faham x apa curry merepek kat sblah ni? ) aaa..x faham ker? ok, curry kasi tahu maknanya yer, haa nilaa bahasa Sepanyol. kalau guna google translate maksudnya: "Selamat pagi semua" hoho. k, la tanpa panjang lebar, jom kita zoom entry kat bawah ni yer.

30 Tanda Jatuh Cinta!

Rasa Jatuh cinta susah digambarkan mahu pun diucap dengan kata-kata. Siapa yang jatuh cinta akan diusik perasaan. Semua menjadi indah dan membahagiakan. Namun mengalami cinta umpama bermain api. Jika tahu mengendalikannya, selamat diri. Jika tidak, terbakar hangus merana diri. Remaja dan belia bahkan yang berumahtangga pun akan mengalami cinta. Semuanya kerana cinta tidak mengenal usia dan latar belakang. Cinta boleh terjadi bila-bila masa. Jadi bagaimana mengenali bila dan bagaimana seseorang itu dihingapi rasa cinta? Cuba semak 30 tanda jatuh cinta di bawah ini supaya dapat melengkapi diri sebelum menghadapi atau menangkisnya. Terpulang samaada mahu teruskan pemburuan cinta, mengalami percintaan atau menghindari cinta. Asalkan anda bahagia.

1. sukar melelapkan mata
Biasanya anda jarang mengalami masalah untuk tidur. Kali  ini sejak bertemu dan berkenalan dengannya, ingatan anda kepada si dia kian menebal hingga menganggu tidur anda.

2. Perasaan sentiasa berdebar
Perasaan anda sentiasa berdebar-debar  jika bertembung dengan si dia di jalan. Malah anda jadi kelam-kabut dan mengelabah apabila dia menghampiri anda.

3. Suka ambil tahu
Anda semakin beminat untuk ambil tahu tentang latar belakang dan perkembangan si dia. Anda tekun mendengar cerita mengenai si dia dan sering bertanya tentang si dia dari kawan-kawannya.


4. Resah Gelisah
Hati anda merasa resah gelisah bila si dia tidak kelihatan. Anda tercari-cari kalau-kalau terlihat kelibat bayangnya.


5. Dihinggapi cemburu
Anda mula rasa cemburu bila si dia berbual dan melayan kehadiran orang lain sekalipun kawan-kawannya. Ikutkan hati anda, biarlah si dia melayan anda seorang. Sikap anda itu ketara kelihatan sehingga disedari kawan-kawan anda sendiri.


6. Hobi baru, termenung
Bila tidak melakukan sesuatu, anda segera termenung. Fikiran anda jauh melayang dan pancaindera anda tertutup untuk menyedari hal-hal yang berlaku di sekeliling anda. Di mata anda terbayang-bayang wajah si dia dan anda berada disampingnya.


7. Dating
Ada sahaja alasan anda ajukan kepadanya untuk berjumpa. Kemudia secara terang, anda tawarkan keluar bersama. Kesempatan yang terluang atau di hari cuti pasti anda habiskan untuk dating. Kadang-kadang anda buat temujanji lagi di waktu malam sekalipun baru petang tadi anda berdua sudah berjalan-jalan.


8. Rindu
Anda tidak dapat mengawal perasaan. Setiap saat mengingati si dia, bagaikan terdengar suaranya sayup-sayup di telinga. Apapun yang dipandang akan mengingati anda kepada si dia. Anda ingin berjumpa dan melihat wajahnya.


9. Bergayut di telefon
Sekalipun bayaran telefon mahal, anda sanggup menghabiskan masa berjam-jam sehingga terjejas masa tidur anda hanya untuk berbual kosong dengan si dia. Anda tidak peduli kalau bil meningkat atau perlu beli kad telefon banyak-banyak. Yang penting dapat dengar suaranya untuk melepaskan rindu. Lagipun anda baru lena setelah mendengar suara si dia.


10. Berubah cita-rasa
Kehadiran si dia berjaya mengubah cita rasa anda tentang pelbagai perkara. Sejak kebelakangan ini, anda lebih berminat untuk menghayati senikata lagu-lagu berirama sentimental yang bertemakan percintaan. Sebelum ini anda lebih gemar mendengar irama rock, heavy metal dan hip-hop.


11. Memberi hadiah
Anda memberi si dia hadiah padahal hari lahirnya masih jauh. Anda peka perkembangan semasanya supaya dapat dijadikan alasan untuk memberikan hadiah. Malah, pada tiap bulan anda akan memberikannya hadiah sekalipun harus berbelanja besar. Yang pasti, anda memberikan hadiah yang paling istimewa di hari lahirnya nanti.


12. Awal ke tempat kerja
Sejak menaruh minat kepadanya, anda lebih bersemangat untuk datang ke pejabat malah datang lebih awal lagi. Anda harapkan ada peluang berbual berdua dengannya atau sarapan pagi bersama di kantin.


13. Lebih rajin
Prestasi bekerja anda lebih meningkat jika dibandingkan sebelum ini. Anda jadi lebih semangat, kreatif dan berfikiran positif. Perkembangan anda yang membanggakan itu disenangi kawan-kawan dan majikan.


14. Menjaga penampilan
Penampilan anda tidak lagi ringkas dan sederhana. Meskipun anda lelaki, anda akan mengunjungi salon kecantikan untuk potongan rambut yang bergaya dan rawatan muka. Pakaian anda berubah corak menjadi lebih menjurus kepada fesyen mutakhir. Wajah berhias dengan mekap hingga nampak mempersona. Dari rambut ke hujung kaki anda cantik menawan dan segak bergaya.


15. Defensif
Maknanya anda melakukan pembelaan. Pantang orang lain salah cakap atau sekadar mengusik, anda akan mempertahankan si dia meskipun sampai anda marah dan timbul permusuhan. Ada masanya percakapan mereka itu ada kebenarannya, tetapi anda tetap bersikap defensif.

16.  Merajuk
Sedikit salah, sedikit silap anda lekas merajuk. Anda sanggup tidak makan tengahari atau tidak menegur sapa selagi si dia tidak menegur dan meminta maaf. Anda juga terus merajuk sehingga dia berkali-kali memujuk.

17.  Mudah bersalah sangka
Anda mudah merasa hampa lalu kecewa jika kemahuan atau permintaan anda tidak dipenuhi. Misalnya si dia tidak hadir temujanji, anda sangka dia mungkir janji. Anda anggap dia tidak memberi perhatian dan tidak mempunyai perasaan.

18. Sentiasa kata "Ya"
Apa pun katanya, pendapatnya dan permintaannya, anda jawab dengan ‘Ya’. Anda sentiasa akur dan menurut sekalipun ada di antara permintaannya yang keterlaluan dan pendapatnya kurang anda senangi.

19. Sanggup berkorban
Untuk si dia sanggup bersusah payah melakukannya semuanya. Dengan rela hati anda jadi pemandu peribadinya, jadi orang suruhan, meluangkan diri anda untuknya di hari cuti dan memenuhi setiap permintaannya.

20. Jadi orang lain
Tiba-tiba anda jadi pelakon yang terbaik kerana mahu memenuhi cirri-ciri peribadi yang menjadi idaman si dia. Di depannya anda seorang romantik dan berlemah lembut sekaipun kenyataannya anda seorang yang kasar dan mudah marah. Demi si dia, anda sanggup berubah menjadi orang lain.

21. Prihatin
Anda bukan hanya ambil tahu malah sentiasa menghulurkan tangan membantu. Anda akan pastikan si dia tidak mengalami sebarang masalah dalam kehidupan sehariannya dan menjamin kebajikan dan keselamatannya.

22. Berkhayal
Potret wajah si dia jadi teman setia di waktu keseorangan. Ada masanya anda habiskan masa hanya merenung wajahnya di potret sambil berangan-angan jauh. Berkhayal seperti itu anda rasa bahagia.

23. Inginkan persamaan
Sejak mengenali si dia anda berusaha mengikuti kegemaran dan citarasa untuk mempamerkan anda meminatnya. Anda akan mengemari filem dan lagu Hindustan, masakn barat dan meniru setiap tingkah lakunya. Anda mahukan wujud persamaan anda dengan si dia.

24. Sumber Ilham
Kata-katanya menjadi pendorong semangat. Anda sedari bahawa anda mempunyai kemampuan untuk melangkah jauh dan mengejar cita-cita anda. Rupanya anda ada kelebihan tersendiri yang baru anda sedari. Si dialah yang membuka minda anda. Dialah sumber ilham anda.

25.  Pasang Impian
Anda sering termenung membayangkan impian masa depan anda bersama dia. Selalu berdua ke mana sahaja, lalu mendirikan rumahtangga, mempunyai sejumlah anak yang comel dan tinggal dalam sebuah rumah idaman bersama. Anda dan dia sama-sama susah dan senang dalam menjayakan cita-cita sekeluarga.

26.  Suka memuji
Dari pendiam anda jadi seorang yang ramah mesra dan suka memuji. Anda peka dengan penampilan si dia dan lekas memberikan pujian dan sanjungan. Hati anda rasa berbunga-bunga dapat memuji dan apalagi kalau dia merasa bangga dan senang hati oleh puji-pujian anda.

27.  Mulut manis
Anda hanya berkata hal-hal yang baik sahaja ketika bersamanya. Anda akan bersetuju dan mendukung percakapannya sekaipun tidak anda sukai. Tujuannya kerana anda tidak mahu menyinggung perasaan. Tambahan anda tidak mahu menjejaskan perhubungan yang baru berputik itu.

28.  Tanda ingatan
Anda memberikan sesuatu yang istimewa seba gai tanda ingatan. Jika buku diberikan, anda akan tulis sedikit kata-kata di dalamnya sebagai renungan atau kenangan. Di hari raya anda hulurkan kad raya atau kad ucap selamat di hari lahirnya. Sekalipun tidak berterus-terang, dari kata-kata yang tercoret di dalam buku dan kad dapat mencerminkan luahan isi hati anda terhadapnya.

29.  Inginkan perhatian
Anda selalu mengharapkan si dia memberikan perhatian dan mahu meluangkan masa bersama anda. Walaupun anda tidak mahu menyusahkan si dia, namun sedikit perhatian yang diberikannya sudah cukup menggembirakan hati dan anda hargai.

30.  Bertekad memilikinya
Secara drastik, anda berhasrat untuk memilikinya. Apapun keadaan dirinya, anda pasrah dan menerima. Anda ingin selalu di sampingnya, menjadi teman hidupnya sehidup semati.



PSST: Koleksi Tips ini telah diarkibkan dari Forum teratak komuniti Anna Abadi yang telah ditutup buat selama-lamanya.

Wednesday, April 6, 2011

tips menyemarakkan cinta!



oh my Gosh! dah lama x jenguk blog ni. glup...glup...hohho..apa khabar saudara/saudari sekalian? 
x sihat ker? yg sihat tu jom curry bagi jadi x sihat nak x? nak? nak? kalau nak tu, meh la dudok
satu roof gan curry kat sini. nti  leh kita share demam selsema sama2. heheh kn ada pepatah mat salleh ckp : "sharing is caring"..ngahahahah..heheh curry x sihat ni. demam selsema dah 2 hari ,sbb  cuaca kat sini ,kejap2.., rasa mcm dudok lam iceberg, kejap2 rasa panas mcm lam muvi 127 hours tuu...hohohoh.

um kay la, utk entry pertama bulan ni, curry nk share tips menyemarakkan rasa cinta
juga diambil dari teratak komuniti Anna Abadi, tp nk share kat sini buat sesiapa sahaja yg nak bagi
marak rasa cinta lam hati sumbody tue or buat sesiapa yg x sempat bukak
blog Anna Abadi yg da tutup tue, ambillah peluang ni usha2 kat sini ye.

Tips Menyemarakkan cinta!
 
1. Tunjukkan minat kalian terhadap apa yang dilakukannya (walaupun kamu sendiri berasa bosan dengan apa yang dilakukannya). 

2. Jangan saling berbohong ataupun menyimpan rahsia yang berkaitan dengan si dia. Kejujuran penting dalam sesebuah perhubungan. 

3. Lakukan perkara yang berbeza setiap kali keluar bersama bagi membangkitkan kelainan dalam perhubungan , apa2pun perlulah sehati-sejiwa. 

4. Hindari dari melontarkan kata2 yang menyakitkan hati si dia. 

5. Ingatlah kelebihan pada si dia yang menyebabkan kamu jatuh cinta terhadapnya. 

6. Luangkan banyak masa bersama si dia agar rasa cinta ini lebih dihargai. 

7. Jangan memperbesarkan masalah ataupun memanjangkan pertengkaran kerana ia boleh menggugat perhubungan. 

8. Jangan cuba mengongkong atau cuba menyimpan rasa cemburu yang membukit kerana ia akan membuatkan hati si dia sakit. 

9. Jangan berpura-pura tidak mempercayainya ataupun menguji setebal mana cinta si dia terhadap kamu. 

10. Jangan membanding si dia dengan jejaka/ gadis lain terutamanya bekas kekasih kamu. 

PSST: okay lah, selamat mencuba ya.