Header..

Header..

CLICK ICON DI BAWAH!

LINK KE:


http://faleeqharees.blogspot.com/p/filem-pilihan-curry.htmlhttp://faleeqharees.blogspot.com/p/lagu.html              

http://faleeqharees.blogspot.com/p/tutorial.htmlhttp://faleeqharees.blogspot.com/p/jejak-islam.html             




Sunday, October 31, 2010

Fenomena MAWAR di angkasa


Assalamualaikum. En Curry harap pembaca semuanya sihat walafiat ya. Kat sini En Curry nak kongsi satu lagi maklumat yang agak interesting, iaitu fenomena Luar Biasa yang termaktub dalam Al-Quran iaitu Fenomena Mawar Merah di angkasa. SubhanAllah...bila En Curry renungkan, hati ini berasa gentar,takut dan merasa betapa kerdilnya diri ini di alam semesta ciptaan-NYA.




                            Mawar Merah di Angkasa (Nebula Roses)





Gambar di atas adalah gambar ledakan bintang di angkasa yang diperoleh NASA dengan Teleskop yang sangat canggih (Hubble space Telescope) .Kejadian tersebut membuktikan kebenaran Firman Allah dalam Al-Quran Surah Ar-Rahman:
"Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah belah lalu menjadilah ia mawar merah, berkilat seperti minyak

(Ar-Rahman:37) 
                                                                                                                               
[Image: 55_37.png]


[55:37] Maka apabila langit telah terbelah dan
menjadi merah mawar seperti (kilapan) minyak.

[55:38] Maka ni'kmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

Ayat ini menunjukkan bahawa Allah swt telah membayangkan kepada manusia iaitu apabila alam semesta ini musnah, maka cahaya yang dihasilkan akan kelihatan seperti bunga mawar atau bunga ros yang warnanya mengandungi pelbagai warna yang berkilat.
Pemandangan ledakan bintang menyerupai pemandangan yang bakal terjadi ketika langit terbelah pada Hari Kiamat kelak. Gambaran ini diharapkan dapat menjadi petunjuk bagi siapa saja yang dalam hatinya masih tersisa keraguan terhadap kebenaran Al-Qur'an. Wallahu A`lam .

 Wahai teman , Cuba renungkan?

Al-Quran diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad S.A.W pada tahun 610 M.

agaknya apakah reaksi masyarakat Arab jahiliah ketika itu apabila Nabi menceritakan tentang kejadian mawar merah diangkasa yang terdapat di dalam Al-Quran yang kita baca hari ini?

mesti ramai yang terbeliak, mengetawakan, dan mempersendakan baginda serta mengatakan tentang hal yang bukan-bukan yang sungguh pedih untuk telinga kita mendengar apatah lagi Baginda.

wahai teman, sungguh beruntung kita yang sempat hidup di zaman terciptanya teleskop ketika ini,
dimana kita sempat menyaksikan kebenaran yang termaktub di dalam Al-Quran yang tidak sempat disaksikan masyarakat beribu-ribu tahun sebelum kewujudan kita ini. maka apa yang patut kamu ucapkan ? SubhanALLAH...Allahuakhbar....

pernahkah kau TENGOK mawar di angkasa?
teman cuba renungkan,
bagaimana seorang insan (Nabi S.A.W) yg tidak tahu membaca, yang hidup di padang pasir, yg serba daif, x da teknologi boleh tahu mengenainya? pernahkah kau fikir? pernahkah kau ambik tahu? Dialah pesuruh ALLAH S.W.T..
Maka apa yang patut kau ucapkan?????
SubhAnallah...!!! ALLAHUAKHBAR!!

Psst: Hati ini sentiasa berdebar bila igtkan balik kisah ni



No comments:

Post a Comment